Polis hari ini membebaskan dengan jaminan dua beranak yang merupakan pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan yang ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari katil di rumah mereka di Pasir Pinji di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata kedua-dua pengasuh masing-masing berumur 45 dan 24 tahun itu diberikan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pagi ini.
"Laporan bedah siasat terhadap bayi berkenaan tidak menemui apa-apa kesan kecederaan atau penderaan tetapi (meninggal) akibat lemas selepas terjatuh dalam tong sampah agak lama akibat kecuaian meninggalkannya berseorangan," katanya kepada Bernama.
BACA: Bayi jatuh katil dan tersembam meninggal dunia akibat lemas
Bayi perempuan yang baru pandai merangkak itu dihantar ke rumah pengasuh berumur 45 tahun sejak berusia 30 hari dan jika wanita tersebut keluar bekerja, mangsa dijaga oleh anak perempuannya berumur 24 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang Sabtu lepas, bayi itu dijaga oleh anak pengasuh yang kemudian menemui mangsa tersembam dalam tong sampah akibat jatuh dari katil selepas ditinggalkan tidur dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai penahan pada 5 petang.
Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Pakar Komuniti Perak pada 9 pagi Ahad lepas mengesahkan sebab kematian adalah kerana 'Asphyxza' iaitu kelemasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019

Sebab kematian bayi itu adalah kerana 'Asphyxza' iaitu kelemasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - Gambar hiasan
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

Pengasuh bayi meninggal dunia jatuh katil dibebaskan dengan jaminan polis
Kedua-dua pengasuh masing-masing berumur 45 dan 24 tahun itu diberikan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

Naufal Amsyar, bayi 10 bulan meninggal dunia
Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.