Pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Kelang dijangka menerima semula bekalan air menjelang tengah malam ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata, sebanyak 24 juta liter air sehari akan dipam menggunakan mesin Jabatan Pengairan dan Saliran dari kolam Tasik Idaman di Dengkil ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih bagi memastikan tahap pencemaran bau boleh dicairkan ke tahap sifar.
"Saya berharap pengguna yang mula mendapat bekalan air supaya jangan panik dengan menyimpan air kerana tindakan ini akan mengganggu paras air di empangan dan usaha untuk mengurangkan risiko pencemaran bau," katanya kepada pemberita selepas melawat kolam Tasik Idaman di sini, hari ini.
Sejak Sabtu, LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, yang berpunca perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bahan sisa buangan haram dengan bau pelarut di lurang pembetungan sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) yang terletak di Bandar Bukit Mahkota.
Susulan penutupan itu sebanyak 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di kawasan Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.
BACA: Loji Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air pengguna ambil masa untuk stabil
BACA: Tiada air hingga pencemaran bau capai 0 ton - Air Selangor
Jelas Amirudin, pihak IWK telah memulakan usaha menyedut bahan tercemar di lurang pembetungan yang terjejas mulai 4 petang Ahad.
"Kerajaan negeri turut menutup kawasan lurang pembetungan berkenaan selain meminta Majlis Perbandaran Kajang untuk kurangkan akses ke kawasan itu kerana sudah dua kali sisa buangan dibuang di situ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kali pertama ia berlaku pada September lepas.
"Ini adalah pembuangan secara sengaja sebab jumlahnya tinggi dan berlaku di tempat yang sama," katanya lagi.
BACA: Air Selangor tambah pili awam kawasan terjejas bekalan air
BACA: Guna semua kepakaran selesaikan isu air Selangor - Rizam
Tambah Amirudin, beliau berharap akan ada penyelesaian yang komprehensif dalam masalah berkenaan bagi mengelak masalah yang sama berulang serta memberi kesan terhadap kredibiliti Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan kerajaan negeri Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
Amirudin (dua, kiri) meninjau kerja-kerja penyedutan air dari Tasik Idaman Kampung Sungai Buah untuk disalurkan ke Sungai Semenyih yang berbau sejak Sabtu lepas bagi menangani isu pencemaran Sungai Semenyih hari ini. --fotoBERNAMA
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.