Skip to main content

Malaysia

Pengisian jawatan bagi 2026 capai 64.21 peratus - KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyelesaikan pengisian 11,969 daripada 18,641 jawatan yang diluluskan bagi tahun ini, bersamaan 64.21 peratus daripada keseluruhan perjawatan yang diperuntukkan.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyelesaikan pengisian 11,969 daripada 18,641 jawatan yang diluluskan bagi tahun ini, bersamaan 64.21 peratus daripada keseluruhan perjawatan yang diperuntukkan.
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyelesaikan pengisian 11,969 daripada 18,640 jawatan yang diluluskan bagi tahun ini, bersamaan 64.21 peratus daripada keseluruhan perjawatan yang diperuntukkan.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 6,671 jawatan atau 35.79 peratus lagi sedang dalam proses pengisian, dengan 2,418 pegawai dijangka melengkapkan urusan permohonan, pelantikan dan penempatan sepenuhnya tahun ini.

"Daripada baki itu, sebanyak 4,253 pegawai hanya akan ditempatkan pada tahun hadapan, termasuk 3,061 pegawai yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun ini tetapi penempatan mereka hanya dilaksanakan pada awal 2027.

Advertisement

"Baki 1,192 pegawai pula, urusan lantikan serta penempatan mereka akan dilengkapkan pada 2027," menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pengisian 11,969 jawatan yang telah selesai itu merangkumi proses pelantikan oleh SPA serta penempatan pegawai ke fasiliti kesihatan berkaitan.

Advertisement

Dalam pada itu, menurut KKM, pihaknya akan mengemukakan permohonan kelulusan pengisian jawatan baharu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi 2027 untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kekal mampan dan berkapasiti tinggi pada masa hadapan.

"Permohonan strategik ini akan meliputi keperluan kesemua skim perkhidmatan di bawah KKM bagi menyokong peluasan fasiliti dan pertambahan permintaan terhadap penjagaan kesihatan awam.

"KKM kekal komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi pusat bagi memastikan urusan sumber manusia diuruskan dengan efisien demi kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement