Kerajaan negeri Terengganu bersetuju menangguhkan proses pemindahan kira-kira 1,000 peniaga Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang, di sini, sehingga Jun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, ia berikutan rayuan yang dikemukakan peniaga terbabit untuk memberi mereka sedikit ruang sehingga selesai sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, langkah menunda tarikh pemindahan dari April ke Jun adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri, sekali gus bertujuan menjaga kebajikan peniaga terbabit.
"Bulan Mei itu bulan puasa, selepas itu Hari Raya. Jadi, inilah bulan yang dikatakan oleh peniaga yang ada 'ong' sikit, ada pelanggan ramai.
"Kalau kita pindah sebelum itu, dibimbangi menjejaskan pendapatan mereka. Maka, Alhamdulillah, kita bersetuju (tangguh). Dah berbincang dengan pihak kontraktor, tiada masalah untuk kita lanjutkan tempoh untuk pindah ini, daripada bulan Mei kepada selepas bulan Raya.
"Bulan Jun, mereka akan mula pindah. Dan selepas selesai perpindahan dalam tempoh sebulan juga, kita akan mula kerja-kerja untuk menaik taraf Pasar Payang 1 itu, insyaAllah," kata Alias pada satu sidang media di sini hari ini.
Alias berkata, kerja-kerja pembangunan semula Pasar Payang bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan menarik akan bermula selepas kesemua peniaga berpindah ke pasar sementara.
Pasar Payang yang amat sinonim dengan rakyat Terengganu itu akan berwajah baharu dengan peruntukan RM50 juta dari kerajaan pusat manakala pembinaan Pasar Payang 2 pula menelan kos RM28 juta.
BACA: Pasar Payang bakal diroboh, 51 tahun penuh kenangan
Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan membuat keputusan untuk merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar yang lebih moden, selesa dan mesra pengunjung.
Kesemua peniaga telah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan lain, yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu itu dijangka siap dua tahun lagi.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pasar itu nanti akan 'diremajakan semula' dengan mengekalkan ciri-ciri sedia ada, terutama namanya, berikutan ia telah menjadi ikon Terengganu.
"Bukan kita robohkan sebegitu (sewenang-wenangnya). Tapak Pasar Payang itu akan kekal. Apa yang penting kita ingin memberi nafas baharu yang berperanan bukan sekadar jual beli tetapi memaparkan unsur-unsur budaya dan tradisi serta jati diri rakyat Terengganu.
"Katakanlah mereka ini (peniaga) ada 100 orang... mereka ini jugalah yang akan berniaga di tempat sementara dan apabila siap Pasar Payang nanti mereka akan berniaga di situ semula. Nama mereka ini tidak akan dibuang daripada senarai peniaga asal pasar tersebut," katanya.
TONTON: Nafas baru untuk Pasar Payang, peniaga terus dibela
Astro Awani
Wed Mar 06 2019

Pasar Besar Kedai Payang merupakan salah satu destinasi popular yang dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. --fotoBERNAMA/Fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.