KUALA LUMPUR: Golongan peniaga terutama pekerja pasar borong dan pasar harian di Wilayah Persekutuan akan menerima suntikan vaksin di bawah Program Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah minggu hadapan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan menumpukan golongan peniaga bagi program berikutnya.
Menurutnya, golongan peniaga antara yang terdedah kepada jangkitan COVID-19 kerana beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Walaupun pasar borong mencecah ratusan kes positif COVID-19 tetapi operasinya tidak boleh dihentikan kerana merupakan salah satu aktiviti yang perlu terus dibuka.
"Untuk itu pekerja di pasar borong disenaraikan dalam siri kedua program vaksinasi melalui trak bergerak yang akan pegi ke lokasi," katanya selepas meninjau pelaksanaan Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di Perumahan Awam Seri Johor, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan suntikan vaksin kepada gelandangan bagi fasa kedua dijangka turut dilaksanakan minggu hadapan.
"Golongan gelandangan untuk siri pertama telah selesai menerima suntikan dos pertama dan sedang menunggu suntikan dos kedua.
"Gelandangan bagi fasa kedua tidak dilakukan suntikan sebelum ini kerana perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu. Mereka perlu tunggu selama 14 hari sebelum buat ujian kali kedua, jika keputusan didapati negatif baru mereka akan ikuti program vaksin fasa kedua gelandangan," katanya.
Selain itu katanya, sekurang-kurangnya 30,000 hingga 33,000 individu akan menerima suntikan setiap hari bermula 15 Jun ini dalam usaha mencapai sasaran 80 peratus divaksin menjelang 31 Ogos.
Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega selain tambahan PPV di klinik dan hospital swasta serta trak bergerak.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Peniaga, pekerja pasar borong mula terima vaksin minggu depan
Sinar Harian
Sat Jun 12 2021
Annuar berkata sekurang-kurangnya 30,000 hingga 33,000 individu akan menerima suntikan setiap hari bermula 15 Jun. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Guardiola rai kontrak baru Erling Haaland sebagai luar biasa
Pep Guardiola melaungkan pujian terhadap keputusan Erling Haaland yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester City.
AWANI Ringkas: Pesanan kepada diaspora Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: ASEAN 2025 bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Mahasiswa negara sebagai bakat terbaik
Mahasiswa merupakan aset terpenting negara. Dengan bakat, semangat, dan daya inovasi, mereka menjadi pemacu kemajuan dan tonggak harapan masa depan. Bagaimana untuk terus memastikan perkara ini dikecapi terutamanya dalam sistem pendidikan tinggi negara? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 Januari 2025
1️⃣ Cabaran Malaysia sebagai Pengerusi
2️⃣ Potensi tarik pelaburan bernilaI RM11 bilion
3️⃣ 806 mangsa, 7 PPS beroperasi
#awaniringkas
1️⃣ Cabaran Malaysia sebagai Pengerusi
2️⃣ Potensi tarik pelaburan bernilaI RM11 bilion
3️⃣ 806 mangsa, 7 PPS beroperasi
#awaniringkas
Liga Pro Saudi: Al-Hilal gugur nama Neymar
Neymar tampak akan meninggalkan kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dia tidak didaftarkan untuk perlawanan liga seterusnya.
Astro menang lima Anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam acara berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Penyertaan UK buka laluan lebih mudah pelaburan ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sesuatu perkembangan yang positif apabila sesebuah kerajaan Inggeris bersetuju untuk menyertai perjanjian tersebut.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula hari ini
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.