Kerajaan Negeri Perak menerusi Sekretariat Mahasiswa Perak membentuk Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Perak di United Kingdom (UK), dengan hasrat menubuhkan sebuah persatuan khusus menjadi penghubung antara kerajaan negeri Perak dengan pelajar di UK dalam hal ehwal kebajikan, pendidikan dan pembangunan jati diri pelajar.
Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Perak, Khairol Najib Hashim berkata delegasi sekretariat berkenaan yang diketuai Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Asmuni Awi telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Education Malaysia (EM) London, Prof Madya Dr Shafie Mohamed Zabri bagi merealisasikan hasrat itu pada 20 Dis lalu.
Beliau berkata Persatuan Anak Perak itu juga disasar menjadi platform untuk kerajaan menyalurkan sebarang maklumat dan perkembangan semasa termasuk inisiatif dan insentif kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
"Dalam pertemuan itu, Dr Shafie menzahirkan sokongan terhadap hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan Persatuan Anak Perak di UK yang mana, pihak EM London akan memberi kerjasama dan perhatian penuh untuk menjayakan usaha itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar bukan sahaja di UK, malah sebahagian besar di negara Eropah.
Beliau berkata kerajaan negeri berhasrat supaya persatuan itu berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
![Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577312588_BenderaPerak.jpg)
Persatuan Anak Perak juga disasar menjadi platform untuk kerajaan menyalurkan sebarang maklumat dan perkembangan semasa termasuk inisiatif dan insentif kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [20/2/2025] – Tenaga boleh baharu| Bekalan air & tenaga| Balak jatuh dari lori
AWANI Borneo Khamis, 20 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Kerajaan sokong aspirasi Sarawak jadi hab pengeluaran hidrogen
2. Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka siap 2029
3. Suami isteri nyaris maut, kenderaan dihempap balak
1. Kerajaan sokong aspirasi Sarawak jadi hab pengeluaran hidrogen
2. Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka siap 2029
3. Suami isteri nyaris maut, kenderaan dihempap balak
![AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740049162_USChinaFlagGen.jpg)
AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740049009_SaifuddinNasution.jpg)
Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.
![Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733979411_AzizulhasniAwang.jpg)
Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.
Suami isteri nyaris maut, kenderaan dihempap balak
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dinaiki dihempap kayu balak yang jatuh dari lori yang sedang bergerak di Jalan Merotai - Kalabakan.
MPOGCF sumbang RM49,350 sokong pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
MPOGCF memaklumkan sumbangan RM49,350 bertujuan menyokong usaha-usaha yang dilakukan BSBCC dalam memulihara beruang matahari Borneo yang semakin diancam risiko kepupusan.
Riverside Majestic saji juadah berbuka puasa selera Melayu
Hidangan tradisi negeri-negeri di Malaysia dan hidangan ala kampung nelayan menjadi tema juadah yang akan dipromosi sempena sambutan ramadan di rangkaian hotel ternama di Sarawak tahun ini.
![Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729076751_najib.jpg)
Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.
Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Parlimen UK
Speaker Parliamen UK, Sir Lindsay Hoyle memaklumkan tujuan pertemuan adalah bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan legislatif dan persahabatan yang telah terjalin antara Malaysia dan UK.
Pengurangan aktiviti pembalakan bantu kurangkan kesan pemanasan global
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Saleh menjelaskan tindakan pantas kerajaan menghentikan aktiviti pembalakan sejak beberapa tahun lalu, telah membantu mengurangkan kesan pemanasan global.
![Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577312588_BenderaPerak.jpg)
Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar di Eropah.