SHAH ALAM: Bagi menentang maklumat salah daripada antivaksin, kita perlu menggerakkan golongan berpengaruh serta pengaruh media sosial untuk menggalakkan suntikan vaksin, kata pakar psikologi.
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi SOLS Health-Thrive Well, Dr Arman Rashid berkata kita perlu bertutur dalam bahasa yang sama dengan antivaksin dalam mendekati masyarakat yang lebih luas.
"Kajian menunjukkan mereka yang percaya kepada berita palsu dalam talian lebih cenderung dipujuk oleh pempengaruh daripada pakar, yang bermaksud kita memerlukan pempengaruh untuk membawa bukti saintifik walaupun mereka mungkin bukan pakar.
"Maklumat salah mengenai vaksin daripada antivaksin bukanlah perkara baharu tetapi telah mendapat momentum dengan pergerakan mereka berkembang dalam talian dan mudah bagi sesetengah individu untuk mempercayai berita palsu berdasarkan membaca blog atau menonton video, sebab itulah literasi digital penting dalam kalangan semua peringkat umur," katanya.
Bagi pelakon yang juga seorang pempengaruh, Beto Kusyairy, 41, berkata rakyat Malaysia perlu memberi perhatian kepada apa yang dikatakan pakar berkaitan COVID-19, bukannya membuat hantaran teks pada WhatsApp dan Telegram, yang dapat mengubah persepsi mereka terhadap virus maut itu.
"Kita ada pakar dalam bidang masing-masing. Doktor, ilmuwan agama seperti mufti di Malaysia dan seluruh dunia yang mengesyorkan pengambilan vaksin.
"Jadi siapa mereka (antivaksin) untuk menidakkan pakar ini? Fikir secara logik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beto Kusyairy yang mempunyai lebih 642,000 pengikut di Instagram dan telah mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Universiti Malaya enam hari lalu, dilihat menggesa orang lain berbuat demikian di akaun Instagram dan Facebooknya.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata kumpulan antivaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 jika didapati menghasut rakyat daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.
Takiyuddin berkata tindakan juga boleh diambil di bawah undang-undang lain sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Ordinan Darurat 2021.
Sementara itu, Arman berkata dalam istilah psikologi, mengisytiharkan vaksin sebagai tidak selamat dengan mengabaikan bukti saintifik telah diistilahkan sebagai kesan Dunning-Kruger dan ini berlaku apabila individu memandang tinggi apa yang mereka tahu dan meremehkan apa yang mereka tidak tahu, yang membawa kepada pandangan yang kuat walaupun sains mengatakan sebaliknya.
"Penyelidikan dari sebuah universiti konsortium Amerika Syarikat (AS) mendapati kesan Dunning-Kruger memainkan peranan penting dalam maklumat dan propaganda palsu terhadap suntikan vaksin," katanya sambil menambah Prof David Dunning dari Universiti Michigan adalah orang yang mencipta istilah memberi amaran tentang akibat kejahilan yang berbahaya kerana ini adalah bentuk bias kognitif yang mengabaikan jurang pengetahuan dan kepakaran kita.
Dalam kes media sosial, Arman berkata kesan Dunning-Kruger semakin diperkuat apabila antivaksin terpencil mendapat suara yang tidak seimbang dalam talian.
"Mereka berasa diwajarkan oleh 'likes' yang menyokong pendapat yang tidak mempunyai bukti saintifik, yang menjadikan mereka lebih tidak sedar mengenai jurang pengetahuan mereka," katanya.
Arman berkata pada zaman pakar dalam talian yang diisytiharkan sendiri, kita melihat kesan ini lebih banyak dalam kalangan antivaksin kerana mereka bukan sahaja terlebih menilai diri mereka sendiri tetapi juga memandang rendah kepada pakar.
Beliau berkata media sosial berfungsi sebagai alat yang berkuasa untuk antivaksin mengunjurkan diri mereka sebagai pakar, terutama dalam zaman apabila sesiapa sahaja boleh menjadi pakar dalam talian, yang membawa kepada pakar tanpa kepakaran saintifik mengenai vaksin, menyebarkan maklumat salah.
"Dalam kebanyakan kes, antivaksin berusaha untuk mempengaruhi orang lain sebagai satu bentuk pengesahan dan sokongan pandangan terpencil mereka yang mereka tahu telah ditolak terutamanya oleh masyarakat arus perdana. Mereka sering didorong oleh teori konspirasi, terutamanya mengenai kuasa geopolitik dan syarikat farmaseutikal," kata Arman.
Bersetuju dengan pendapat Arman bahawa ketidakpercayaan mereka kepada vaksin ialah kerana tidak faham atau ragu-ragu dengan ilmu sains atau bahan-bahan di dalam vaksin.
Beliau berkata ini disokong berdasarkan kajian terkini di United Kingdom dan Ireland oleh Murphy et al. (2021) yang diterbitkan di dalam journal terkemuka 'Nature', didapati mereka yang menolak vaksin COVID-19 kurang mendapat maklumat mengenai pandemik daripada sumber yang berwibawa.
"Ketidakpercayaan ini bertambah, kerana ada undang-undang yang mewajibkan anak-anak diberi vaksin untuk bersekolah di sekolah awam.
"Malangnya, keputusan untuk tidak memberi vaksin kepada diri sendiri atau anak-anak tidak hanya mempengaruhi mereka yang telah menyebabkan munculnya penyakit berjangkit di kawasan mereka yang telah dibasmi atau hampir hilang, sebagai contoh penyakit demam campak telah diisytihar tiada pada 2002 tetapi muncul kembali pada 2014," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Beto Kusyairy telah mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca di PPV Pusat Perubatan Universiti Malaya enam hari lalu dan turut menggesa orang lain mengambil langkah sama. - Facebook
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.

Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.

COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.

Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.

Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.

COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.

'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.

COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.

Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.

Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.