Tujuh jalan di ibu negara ditutup pagi ini sempena Perhimpunan Solidariti Kedamaian untuk rakyat Malaysia di Dataran Merdeka.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada para peserta menyertai perhimpunan itu.
“Kami telah kenal pasti tujuh persimpangan jalan yang akan ditutup di sekitar Dataran Merdeka, antaranya adalah Jalan Hishammuddin/Jalan Raja (Susur Bukit Aman).
“Kemudian Leboh Pasar Besar/Jalan Hishammuddin, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Bulatan Dato Onn/Jalan Raja (Gereja), Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak/Leboh Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak,” katanya ketika dihubungi menerusi program Buletin AWANI Khas sempena perhimpunan tersebut pagi ini.
Zulkefly menjelaskan, pemantauan dari masa ke masa akan terus dilakukan dan pihaknya hanya akan membuat lencongan atau penutupan jalan sekiranya perlu.
“Kami telah menggerakkan 58 pegawai untuk mengawal selia keadaan trafik di sekitar ibu kota. Sehingga kini keadaan trafik masih terkawal,” katanya.
Perhimpunan Solidariti Kedamaian pada Sabtu adalah bagi rakyat Malaysia menzahirkan konsep keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama dan ideologi politik.
Ia diadakan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lepas yang mengorbankan 50 orang, termasuk seorang remaja rakyat Malaysia.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Mar 23 2019

Sekitar Dataran Merdeka yang menjadi lokasi Perhimpunan Solidariti Kedamaian hari ini. --fotoBERNAMA/Fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Insiden kren SUKE: Mangsa cedera parah masih di ICU
Bagaimanapun, Zulkefly tidak dapat memperincikan keadaan sebenar mangsa sama ada dalam keadaan stabil atau sebaliknya.

Polis tahan penjawat awam pandu Myvi langgar empat kenderaan
Suspek lelaki berusia 25 tahun yang bertugas di JPJ itu telah menolak keluar mangsa, seorang OKU, daripada kereta melalui pintu depan kiri.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian: Tujuh jalan ditutup
Tujuh jalan di ibu negara akan ditutup pagi ini sempena Perhimpunan Solidariti Kedamaian untuk rakyat Malaysia di Dataran Merdeka.

LTdL18: Beberapa jalan di ibu negara ditutup Ahad ini
Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup Ahad ini bersempena perlumbaan berbasikal LTdL 2018 bermula 1.30 tengah hari sebelum dibuka semula secara berperingkat pada 4 petang hari yang sama.