Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata satu kertas kerja terperinci mengenai isu penginapan pekerja asing telahpun dibuat oleh kementerian dan dibentangkan kepada sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Ia telah dipersetujui dan diluluskan oleh jawatankuasa itu. Walaupun telah diluluskan, ia hanya boleh dikuat kuasa setelah diluluskan Parlimen. Kita harap bahawa akta yang sedang kita buat ini akan dapat dibentang dan diluluskan pada Januari 2018.
"Setelah diluluskan, adalah wajib untuk majikan menyediakan penginapan kepada pekerja asing dan saya percaya majikan akan berpusu-pusu mencari tempat tinggal yang diuruskan oleh syarikat yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia," katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Penginapan Berpusat Pekerja Asing di Mantin yang diuruskan syarikat MYR Relocation Management Sdn Bhd yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Adnan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MYR Relocation Management Sdn Bhd M. Kamalan.
Mengulas lanjut beliau berkata dalam akta itu, sememangnya terdapat klausa mengenai keperluan majikan menyediakan penginapan untuk pekerja asing, namun ia tidak diselaraskan serta tidak terperinci.
"Dalam kertas kerja itu, kita menerangkan sekurang-kurangnya luas sesebuah bilik mestilah berkeluasan 4.5 meter persegi yang boleh memuatkan empat hingga enam pekerja," katanya.
Dalam pada itu, Riot berkata pusat penginapan berkenaan hanya akan dibina di kawasan yang jauh sedikit dari taman perumahan awam.
"Sebanyak 11 syarikat yang telah diluluskan KDN dan kementerian yang akan menguruskan pembinaan penginapan berpusat ini," katanya.
Terdahulu, Riot meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau sendiri penginapan berpusat itu yang bercirikan pangsapuri dilengkapi empat bilik dan ruang makan serta kemudahan lain seperti kawasan riadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017

Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pindaan Akta Kerja 1955 akan dibentang di Parlimen Januari depan
Pindaan Akta Kerja 1955 yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan