Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)(Pindaan) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membolehkan pemindahan caruman suami ke akaun isteri atau isteri-isterinya yang sah.
Pindaan akta itu dibentang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bacaan kali kedua dijangka pada sesi ini yang berlangsung sehingga Khamis.
Menurut Rang Undang-undang (Pindaan) itu, pencarum perlu membuat permohonan kepada KWSP untuk pemindahan caruman KWSP dengan mengemukakan butiran atau dokumen berkaitan, seterusnya memilih untuk memindahkan caruman secara bulanan atau tempoh yang bersesuaian.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku perceraian atau kematian isteri, pencarum boleh memohon untuk menghentikan pemindahan itu dengan mengemukakan butir atau dokumen berkaitan.
"Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
"Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli kumpulan wang itu," menurut Rang Undang-undang berkenaan.
Pindaan itu memperuntukkan kadar caruman yang akan dipindahkan adalah sebanyak dua peratus daripada caruman ahli KWSP yang memilih untuk memindahkan carumannya serta membenarkan suri rumah untuk membayar caruman bulanan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membolehkan pemindahan caruman suami ke akaun isteri atau isteri-isterinya yang sah.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.