PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) khusus buat pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, bagi tempoh 21 Dis hingga 1 Jan 2020, bagi mengurangkan kesesakan sempena musim perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2020.
Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata bagi pengguna lebuh raya di Lembah Klang yang ingin menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
"Sementara pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, bagi pengguna lebuh raya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor yang ingin memasuki kawasan Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi, manakala pengguna daripada lain-lain negeri atau destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang.
"Kami amat menggalakkan pelanggan lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka, berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan, untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar," katanya.
Beliau turut yang turut menasihati pengguna lebuh raya supaya menambah nilai kad Touch 'n Go mereka lebih awal dan memastikan mempunyai nilai baki yang mencukupi untuk perjalanan yang selesa.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Jadual TTA yang disediakan PLUS, sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2020 itu menerusi laman web PLUS www.plus.com.my dan menyemak maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, atau papan tanda elektronik lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 20 2019

PLUS menggalakkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.

MAVCOM arahkan syarikat penerbangan serah data gangguan jadual penerbangan
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim data tersebut diperlukan untuk mendapatkan informasi yang objektif, tepat dan menyeluruh berkenaan isu tersebut.

Program Imunisasi COVID-19 mungkin selesai sebelum akhir tahun ini - Khairy Jamaluddin
Keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.

UCL: Peraturan baru COVID-19 di Jerman halang kemasukan Liverpool
Ordinan Perlindungan Corona yang disahkan oleh pemerintah Jerman pada Jumaat lalu hanya memberikan beberapa pengecualian dan tiada peraturan khusus terhadap atlet profesional.

NUTP mahu jadual keberadaan pelajar dalam kelas, PdPR diselaras
Pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.

PKP 2.0: Laluan pergi dan balik feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan
Laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.

Qatar serah jaminan kerajaan bida penganjuran Piala Asia 2027
Dengan pengalaman QFA dan kepakaran organisasi lebih dua dekad, ia mengesahkan keinginan QFA memenuhi semua keperluan penganjuran.

Perbincangan Singapura-Malaysia untuk muktamadkan SOP RGL dan PCA ikut jadual
Pegawai di Malaysia dan Singapura berusaha untuk mencapai sasaran pelaksanaan RGL dan PCA pada 10 Ogos 2020.

PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan sempena Krismas
Bagi pengguna di Lembah Klang yang ingin menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.