LANGKAWI: Akibat degil dan sengaja mencabar kewibawaan pihak berkuasa dengan melanggar syarat lesen, 11 nelayan dari tiga buah bot ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika menangkap ikan di perairan Selat Kuah, Langkawi, pada Selasa malam.
Komander PPM Wilayah Satu Langkawi, ACP Rosman Ismail berkata, pasukannya yang mengatur gerak operasi bermula jam 8 malam terserempak dengan ketiga-tiga bot berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua buah bot berkenaan didapati melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat lesen menggunakan awak-awak berlebihan berbanding kelulusan pada buku lesen, manakala sebuah bot lagi melakukan kesalahan tidak mempunyai lesen daripada Jabatan Perikanan.
“Kesemua yang ditahan adalah 11 orang lelaki dewasa tempatan yang terdiri daripada tekong dan awak-awak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua yang ditahan adalah warganegara tempatan berusia 15 hingga 45 tahun.
“Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen dan gagal mempamerkan lesen yang sah.
“Semua barang rampasan seperti ikan, peralatan menangkap ikan dan kapal pukat tunda dirampas dan dibawa ke Jeti PPM Wilayah Satu Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi yang sama pihaknya telah menahan sebuah lagi bot nelayan di kawasan perairan laut Pulau Sigai, Langkawi.
“Hasil pemeriksaan terhadap bot dan enam kru bot berkenaan berjaya menemukan berberapa paket tiub berwarna merah, kuning dan hijau disyaki mengandungi dadah jenis syabu dan heroin serta sejumlah wang tunai bernilai RM1,037,” katanya.
Kesemua nelayan itu berusia 20 hingga 40 tahun.
Katanya, kesemua barang rampasan seperti, peralatan menangkap ikan serta bot dibawa balik ke Jeti PPM Wilayah Satu Langkawi untuk tindakan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah seksyen 39 A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 17 2021

Sebahagian daripada nelayan yang ditahan dalam operasi pihak Pasukan Polis Marin di perairan Selat Kuah. - Foto: PPM

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.

PPM Wilayah Satu serbu rumah, rampas rokok seludup RM5.12 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas 24,500 karton rokok putih bernilai lebih RM5.12 juta.

PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Dua lelaki gagal seludup minyak masak peket masa tarawih
Tindakan dua lelaki untuk menyeludup 595 kilogram minyak masak peket semasa umat Islam sedang bertarawih gagal selepas diserbu anggota penguat kuasa.

Lari tinggalkan 960 liter diesel seludup
Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota bertugas telah mengekori kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki cuba seludup diesel ditahan Polis Marin Tawau
Cubaan seorang lelaki dipercayai menyeludup diesel bernilai RM154,910 menggunakan lori tangki yang diubah suai gagal apabila dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM).

750 karton rokok seludup bernilai RM112,200 dirampas
Siasatan awal dijalankan mendapati sindiket menggunakan sebuah lori untuk menjalankan aktiviti membawa rokok seludup.

Mayat nelayan 80 tahun yang hilang di perairan Tanjung Hantu ditemui
Mayat Amat Bepam Shah ditemui nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 6.2 batu nautika barat daya Pulau Talang.

Dua lelaki ditahan seludup minuman keras dari Labuan
Tindakan dua lelaki yang cuba menyeludup minuman keras gagal apabila bot dinaiki mereka karam selepas bergeser dengan bot Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Tanjung Aru, di sini, malam tadi.

PPM Sandakan berkas 75 individu terbabit penyeludupan migran
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya memberkas 75 individu selepas disyaki terbabit aktiviti penyeludupan migran untuk masuk ke Sandakan melalui perairan Pulau Berhala, Pada Jumaat.