Skip to main content

Malaysia

Polis selamatkan remaja perempuan mangsa eksploitasi seks, tahan dua lelaki

Polis memberitahu, dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun ditahan, disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.
Polis memberitahu, dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun ditahan, disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

Advertisement

KANGAR: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Polis Perlis malam ini.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement