Punca kenaikan harga bawang sejak kebelakangan ini tidak diketahui baik dalam kalangan peniaga mahupun pemborong.
Untuk itu, Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Kelantan memberi penjelasan sebenar mengenai kenaikan harga bawang merah di negeri ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Seri Dr Fared Abd Ghani berkata, penjelasan perlu dilakukan agar masyarakat faham dan tahu sebab kenaikan harga.
"Sekarang ini bila kita tanya peniaga dan pemborong, mereka sendiri tidak tahu sebab kenaikan harga bawang merah.
"Sebab itu, kita lihat wajar pihak KPDNHEP turun padang siasat serta terangkan apa yang berlaku kerana bawang adalah keperluan asas bagi isi rumah," katanya pada media selepas tinjauan penjualan bawang merah di sekitar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, di sini, hari ini.
Beliau berkata, KPDNHEP tidak seharusnya berdiam diri dan perlu berikan penjelasan kepada rakyat.
"Jangan diam, orang ramai buntu dan mahu PPIK majukan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
Sementara itu, seorang peniaga dan juga pemborong, Azman Idris berkata, walaupun harga naik, tetapi pembeli masih datang untuk membeli.
"Kebanyakan pembeli datang beli dalam kuantiti yang sedikit dan hanya untuk kegunaan beberapa hari sahaja.
"Kami sebagai pemborong pun tidak ambil stok yang banyak seperti sebelum ini yang kebiasaannya 100 guni untuk seminggu, tapi sejak naik harga hanya 50 guni sahaja mengikut keperluan," katanya.
Vivi Sumanti
Thu Dec 26 2019
![PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577352170_TBPPIK.jpg)
Datuk Seri Dr Fared Abd Ghani berkata, penjelasan perlu dilakukan agar masyarakat faham dan tahu sebab kenaikan harga. - Astro AWANI
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Harga bawang: KPDN akui harga naik, usaha stabilkan harga dilakukan Harga bawang: KPDN akui harga naik, usaha stabilkan harga dilakukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704791152_ArmizanMohdAli.jpg)
Harga bawang: KPDN akui harga naik, usaha stabilkan harga dilakukan
Armizan memaklumkan pihaknya sudah pun berkomunikasi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mencari alternatif meningkatkan bekalan bawang di negara ini.
![Harga cili merah, bawang terkawal setakat ini - KPDNHEP Harga cili merah, bawang terkawal setakat ini - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612794339_nantalinggi.jpg)
Harga cili merah, bawang terkawal setakat ini - KPDNHEP
Tiada kenaikan harga bagi barang kawalan setakat ini terutamanya cili merah dan bawang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
![Bekalan, harga bawang kembali stabil Bekalan, harga bawang kembali stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611669585_bawang.jpg)
Bekalan, harga bawang kembali stabil
Bekalan dan harga bawang di pasaran kembali stabil dan cukup untuk keperluan pengguna sehingga Ogos ini, kata Menteri KPDNHEP.
![Harga bawang India paling tinggi dicatat di Pulau Pinang, RM24 sekilo Harga bawang India paling tinggi dicatat di Pulau Pinang, RM24 sekilo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578565312_DatukSeriSaifuddin.jpg)
Harga bawang India paling tinggi dicatat di Pulau Pinang, RM24 sekilo
Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara.
![PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577352170_TBPPIK.jpg)
PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah
PPIK gesa PDNHEP negeri Kelantan memberi penjelasan sebenar mengenai kenaikan harga bawang merah di negeri ini.
![India kurangkan eksport, harga bawang dunia dijangka melambung India kurangkan eksport, harga bawang dunia dijangka melambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512125454_Onions.jpg)
India kurangkan eksport, harga bawang dunia dijangka melambung
Negara-negara Asia seperti Malaysia dan Bangladesh kini menghadapi kesukaran untuk mengekalkan bekalan bawang.