Skip to main content

Malaysia

Rakyat diminta berwaspada

61351660029_295x200.jpg
61351660029_295x200.jpg

Advertisement

Rakyat diminta berwaspada dengan gelombang negatif menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ia digunakan pihak tertentu bagi menyebar pelbagai fitnah dan penipuan untuk menjejaskan rakyat pelbagai kaum di negara ini

Tegas beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau perkembangan berkenaan yang cuba digembar-gembur dengan membabitkan isu perkauman dan agama

Tambah Hishammuddin, semua pihak  perlu matang dan tenang berdepan isu berkaitan agama dan perkauman yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Tegasnya, kementeriannya menerusi pemuda KDN yang mempunyai 1.1 juta anggota akan berusaha menangkis gelombang negatif berkenaan.

Mereka, katanya akan turun padang untuk menerapkan gelombang positif termasuk semangat kesukarelawan dan menganjurkan kegiatan gotong-royong membabitkan pemimpin serta masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement