SINGAPURA: Bagi warga Malaysia yang berada di luar negara dengan tarikh luput pasport mereka adalah pada 2021, Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) mereka selama dua tahun.
Catatan di Facebook, Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengatakan langkah itu bertujuan memudahkan pembaharuan MIP di luar negara.
"Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara mengenakan pelbagai syarat dan sekatan perjalanan yang menyebabkan ramai warga Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
"Penangguhan yang berpanjangan ini menyebabkan ramai yang terpaksa tinggal lebih lama di luar negara dan ada di antaranya berasa perlu memperbaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh tamatnya telah hampir.
"Ini telah mengakibatkan peningkatan mendadak dalam bilangan pembaharuan MIP di pejabat luar negeri," katanya.
Bahagian itu berkata mereka yang terjejas boleh memilih untuk mendapatkan cap pelanjutan itu di 'Halaman Pemerhatian' atau di mukasurat 48 pasport mereka di suruhanjaya tinggi atau kedutaan terdekat.
"Tiada bayaran dikenakan untuk pelanjutan tempoh sah itu," kata kenyataan itu, menambah perkhidmatan untuk pelanjutan itu telah pun dibuka.
Menurut bahagian itu, mereka yang berminat boleh menyerahkan permohonan pelanjutan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Suruhanjaya Tinggi dan mengembalikannya di kotak penyerahan yang disediakan.
"E-mel akan dihantar untuk tarikh temu janji," katanya.
Pada masa sama, Bahagian itu berkata mereka yang ingin memperbaharui MIP mengikut prosedur semasa boleh meneruskannya.
Bagaimanapun, pembaharuan MIP termasuk pembaharuan dalam talian akan mengambil masa lapan hingga 12 minggu berikutan peningkatan permohonan MIP dalam sistem.
Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi di sini mengatakan ia hanya dapat memenuhi sejumlah permohonan manual berikutan mesin dan tenaga manusia yang terhad serta mematuhi peraturan penjarakan sosial.
Bahagian itu mengatakan ia telah beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari sejak Julai 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021

Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengatakan langkah itu bertujuan memudahkan pembaharuan MIP di luar negara. - Gambar fail
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

25 mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar selamat tiba di Bukit Kayu Hitam
Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam pada Rabu.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok - Polis
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.