Rakyat Sabah perlu bekerjasama walaupun terpaksa berdepan cabaran hebat atau kegagalan di sepanjang jalan dalam usaha mencapai kekayaan dan kemakmuran lebih cemerlang.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata melihat kepada kekayaan dimiliki kaum Cina atau mana-mana komuniti lain sekarang bukan disebabkan secara kebetulan, sebaliknya melalui titik peluh dan kerja keras.
"Di Sabah, kita mesti menetapkan sasaran tinggi dan memiliki minda yang betul serta perancangan untuk mencapainya.
"Saya menggesa semua rakyat Malaysia di Sabah bersama-sama saya dan kerajaan negeri berusaha tanpa henti bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang untuk negeri kesayangan kita, Sabah," katanya dalam perutusan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019.
Beliau berkata kerajaan baharu pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) bangga untuk bersama meraikan perayaan Tahun Baharu Cina kerana ia akan menjadikan warisan sejarah negeri ini lebih kaya dan mengukuhkan ikatan persaudaraan, sekali gus memberi gambaran kepada keamanan dan keharmonian masyarakat Sabah.
Mohd Shafie juga berharap Sabah terus dilimpahi kekayaan dan menjadikannya antara negeri paling progresif di Malaysia.
Beliau berkata sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, beliau mengajak setiap rakyat untuk bersama meraikannya dengan menjadikan ucapan 'Gong Xi Fa Cai' sebagai amalan untuk menyampaikan hasrat lebih baik daripada ungkapan itu.
"Saya memahami maksudnya mengucapkan tahniah antara satu sama lain atas kekayaan dimiliki, namun sebenarnya makna daripada ucapan itu lebih luas," kata Mohd Shafie.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 03 2019

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama orang ramai ketika meluangkan masa melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baru Cina di Segama malam Ahad. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Rakyat Sabah perlu bekerjasama capai kejayaan, kemakmuran lebih cemerlang
Rakyat Sabah perlu bekerjasama walaupun terpaksa berdepan cabaran hebat atau kegagalan di sepanjang jalan dalam usaha mencapai kekayaan dan kemakmuran lebih cemerlang.