Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun cedera ditembak di bahu kiri ketika cuba melanggar seorang anggota polis dalam satu kejadian di Kedai Lalat di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu, suspek yang merupakan pemandu bersama seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Kancil selepas diarahkan berhenti oleh pasukan peronda.
Beliau berkata anggota peronda daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu sebelum itu sedang melakukan rondaan di Kedai Lalat sebelum terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.
"Selepas mengekori kenderaan suspek, pasukan peronda kemudiannya mengarahkan mereka supaya berhenti namun tidak diendahkan sebelum suspek bertindak membuat pusingan U berdekatan sebuah masjid di kawasan berkenaan.
"Anggota ronda kemudian mengejar suspek dan memotong kenderaan yang dinaiki mereka sebelum seorang anggota polis berpangkat Koperal keluar dari kenderaan ronda untuk menghentikan kenderaan dinaiki suspek," katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Kanak-kanak peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata bagaimanapun suspek cuba merempuh anggota polis yang cuba menahan mereka sebelum anggota polis tersebut tergelincir dan terjatuh.
"Tindakan suspek yang masih tidak menghentikan kenderaan menyebabkan anggota polis yang terjatuh itu melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan yang dinaiki suspek.
"Anggota polis kemudiannya bertindak memecahkan cermin tempat duduk pemandu dan menarik keluar pemandu kenderaan itu dan pemeriksaan awal mendapati suspek telah tercedera pada bahu kiri akibat terkena tembakan," katanya.
Beliau berkata suspek yang tercedera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Siasatan lanjut secara terperinci akan dilakukan oleh pihak kami bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Tindakan suspek yang masih tidak menghentikan kenderaan menyebabkan anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan yang dinaiki suspek. - Gambar hiasan

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Trump hadir Konvensyen Nasional Republikan walaupun cedera ditembak
Trump dilaporkan "berada dalam keadaan baik" dan berharap untuk menyertai mereka yang hadir ke konvensyen di Milwaukee.

Anggota Maritim Malaysia cedera berbalas tembakan, buta mata kiri
Anggota Maritim Malaysia yang cedera di bahagian mata dalam insiden berbalas tembakan di perairan Kunak pada Ahad buta sebelah mata kiri.

Disangka monyet, lelaki cedera ditembak rakan
Mangsa berumur 54 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri selepas terkena peluru penabur rakannya itu.

Remaja cedera ditembak ketika cuba langgar polis
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu, suspek yang merupakan pemandu bersama seorang remaja dan seorang wanita cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas diarahkan berhenti.

'Penembak di tempat duduk penumpang lepaskan dua tembakan' - Pemuda cedera di perut dan tangan
Seorang pemuda cedera di perut dan tangan selepas ditembak oleh individu yang tidak dikenali dalam kejadian dekat Taman Inderawasih Perai, Pulau Pinang.

Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?
Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri 'kehilangan' Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai.

Anggota polis cedera ditembak warga Afrika
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota berpangkat lans koperal dikenali sebagai Syarom dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Sri Damansara cedera di paha kiri.