Menjadikan alasan lama tidak melakukan hubungan seks, seorang lelaki di Tamparuli, Tuaran tergamak merogol nenek berusia 72 tahun.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam pada 7 Disember lalu, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah tidak bernombor.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa hanya berseorangan di rumah dan tiada saksi yang melihat insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.
"Menurut keterangan pengadu, semasa kejadian itu mangsa terjaga daripada tidurnya.
"Tiba-tiba mangsa melihat suspek sudah berada di hadapannya sambil menunjukkan tangan ke arahnya supaya jangan menjerit sambil berkata kepada pengadu supaya memberi peluang kepadanya untuk melakukan seks kerana sudah lama tidak melakukannya," katanya.
Mengulas lanjut, berdasarkan siasatan awal, pengadu mendakwa dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana berasa takut dan masih tekejut dengan kejadian itu.
"Susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudiannya membuat laporan polis, semalam.
"Polis masih menyiasat perkara ini dan suspek kini diburu.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil segera bagi membantu siasatan kes ini," katanya.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ruzaini Zulkepli
Thu Dec 12 2019

Difahamkan ketika kejadian, mangsa hanya berseorangan di rumah dan tiada saksi yang melihat insiden berkenaan.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini.

Lelaki maut ditikam kekasih ketika lakukan hubungan seks
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.

Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks
Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorang mangsa melakukan hubungan seks.

Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran
Tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang gadis berusia 21 tahun tanpa kebenaran.

Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks
Tertuduh juga memaksa isterinya ambil dadah jenis syabu.

Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan
Suspek menembak isterinya dipercayai kerana "enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal" sejak 15 hari lalu.

Model Serbia dakwa ditawar AS$70,000, rakam jalin seks dengan Novak Djokovic
Sewaktu pertemuan tersebut lelaki itu telah menawarkannya AS$70,000 untuk menggoda Djokovic atas niat menjejaskan perkahwinanya.

Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda
Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun.

Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.

Rogol nenek umur 72 tahun atas alasan lama tidak lakukan seks
Menjadikan alasan lama tidak melakukan hubungan seks, seorang lelaki tergamak merogol nenek berusia 72 tahun dalam kejadian di Tamparuli, Tuaran.