KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata hanya dengan komitmen kerajaan negeri sahaja yang mampu menyelamatkan Tasik Chini, Pekan daripada terus mengalami kemusnahan ekosistemnya.
"Antara tindakan segera lain yang perlu dilakukan ialah empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini hendaklah dirobohkan.
"Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang semalam memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.
Isu membabitkan Tasik Chini tiba-tiba tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan gambar keadaan 'terkini' tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ia merupakan gambar lama yang dirakam dua tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
![SAM gesa Kerajaan Pahang hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini SAM gesa Kerajaan Pahang hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61593173690_tasikchini.jpg)
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan. - Foto pahang.gov.m
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737779919_ShaharuddinAbuSoho.jpg)
MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.
![Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717539107_journalists.jpg)
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
![Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709706817_ChowKonYeow.jpg)
Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sifatkan cadangan membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah GLC tidak munasabah.
![Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718928781_MalaysianBreakfast.jpg)
Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.
![Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674286642_TBTARIANSINGA.jpg)
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
![Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713263983_JibranKhalil.jpg)
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
![Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709961222_tbLenggongGeopark.jpg)
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
![Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678782688_DatukRizamIsmail.jpg)
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
![Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707632143_NgaKorMing.jpg)
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
![Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691913458_TBAsyrafWajdi.jpg)
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.