BATU KURAU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak telah mengambil sampel lembu dari sebuah ladang di Simpang Pulai, Ipoh, untuk diuji di makmal selepas ternakan di ladang berkenaan disyaki dijangkiti penyakit kulit kental /berbonjol (LSD).
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata pihaknya sedang menunggu keputusan ujian dan setakat ini tiada lembu yang dilupuskan kerana penyakit itu.
"Kita sudah ambil sampel untuk dibawa ke makmal namun kita belum mendapat pengesahan mengenai penyakit LSD," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di Kampung Bawah Gunung, Kampung Perak dekat sini hari ini.
BACA: DVS perketat syarat lembu import susulan penyakit kulit berbonjol
Awal bulan ini, JPV Perak mengesan penularan penyakit LSD yang berlaku di beberapa negara Asia sebelum ini, telah menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di ladang berkenaan.
Beberapa negara dilaporkan telah mengesan penularan penyakit LSD yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau sejak 2019 antaranya Bangladesh (Julai 2019), India (Ogos 2019), China (Ogos 2019), Bhutan (Oktober 2020), Hong Kong (November 2020), Sri Lanka (Januari 2021) dan terbaharu di Thailand (April 2021).
Dalam perkembangan lain, Razman berkata kerajaan negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang berusaha mengatasi masalah hasil pertanian seperti pisang yang tidak dapat dipasarkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Beliau berkata lebih 200 hingga 300 pekebun yang mengusahakan tanaman pisang di sini tidak dapat memasarkan hasil tanaman itu kerana pemborong dari negeri lain tidak dapat membeli dengan kuantiti yang banyak.
"Kerajaan negeri sedang berunding dengan FAMA untuk mendaftarkan pekebun yang terkesan dengan tanaman itu bagi membantu memasarkan pisang pekebun terbabit," katanya.
Razman berkata pekebun pisang di sini terpaksa mengehadkan bekalan dengan tidak menebang pisang yang sudah boleh dituai kerana pemborong di luar dan di sini turut membeli dalam kuantiti yang kecil.
Sehubungan itu, beliau meminta para pekebun agar memaklumkan kepada FAMA dalam tempoh seminggu bagi membolehkan FAMA membantu mereka memasarkan hasil pertanian itu.
Sementara itu Pengarah FAMA Perak Noorsham Ramly berkata Perak mengeluarkan 33,000 tan metrik pisang bernilai RM50 juta setahun dan lambakan pisang berlaku di seluruh negara kerana permintaan yang menguncup di pasaran disebabkan hasil tidak terjual terutama di pasar malam.
"Kita minta pekebun yang tidak daftar dengan FAMA supaya mendaftar segera kerana kita bantu memasarkan hasil pertanian pekebun di negeri ini atau di luar Perak," katanya.
Seorang pekebun pisang, Ilyas Mohd Nasib, 53, yang mengusahakan dua hektar tanaman pisang jenis berangan, emas, nangka dan tanduk terpaksa mengurangkan bekalan pisang kerana permintaan berkurangan walaupun ladangnya boleh mengeluarkan hasil antara 500 hingga 600 kilogram pisang dalam tempoh seminggu.
"Saya juga menjadi peraih untuk membeli pisang daripada pekebun lain di sini dalam kuantiti yang kecil bagi mengelak mengalami kerugian. Selain menanam pisang, saya juga menjadi peraih buah-buahan seperti durian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021

JPV sedang menunggu keputusan ujian dan setakat ini tiada lembu yang dilupuskan kerana penyakit berkenaan. - Gambar hiasan/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.

Anjing terbiar: JPV keluar notis penambahbaikan kepada MPKL
JPV mengeluarkan Notis Penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta 772 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambahbaikan) 2020 kepada MPKL.

Pemandu lori didenda RM6,000 pindah 20 ekor lembu tanpa kebenaran
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Ogos lepas.

JPV diarah pantau penternakan punca pencemaran Sungai Rambai
JPV bertanggungjawab memantau ladang penternakan secara berterusan selain akur pada undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan pihak penternak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.

Aktiviti sembelih korban perlu permit JPV - Exco Terengganu
Ia bagi memastikan haiwan yang disembelih itu bebas daripada sebarang penyakit dan menjamin keselamatan makanan.

Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu
Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.

Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV
Ini bagi memastikan binatang yang disembelih sihat, mempunyai pemilik dan bebas daripada sebarang penyakit bagi menjamin keselamatan makanan.

1,864 ekor babi ternakan ladang komersial di Paya Mengkuang positif ASF dimusnahkan - JPV
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.

JPV kesan penyakit ASF di tujuh ladang komersial di Paya Mengkuang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.

Sampel lembu disyaki dijangkiti LSD di Simpang Pulai dihantar ke makmal
JPV Perak telah mengambil sampel lembu dari sebuah ladang di Simpang Pulai, Ipoh, untuk diuji di makmal.