Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat, mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit.
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit, yang merupakan isu alam sekitar kontroversi di Kuantan pada hujung tahun 2014.
"Apabila saya dituduh mengorek bauksit, saya telah panggil (wakil) Penjara Penor untuk ambil bauksit dan keluarkan satu tenun Diraja Pahang menggunakan warna daripada bauksit.
"Penjara Penor telah keluarkan kain itu yang saya panggil tenun bauksit..bauksit menghasilkan warna yang cantik dan saya harap warna bauksit boleh menjadi produk Pahang," titah baginda semasa berucap merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Untuk rekod, Penjara Penor di sini adalah antara agensi penting dalam penghasilan produk tenun Diraja Pahang, selain Penjara Bentong yang ilmu menenun kain tersebut diajar dan dihasilkan oleh banduan di situ.
Tunku Azizah seterusnya berharap penggunaan bahan alam semula jadi seperti daripada akar dan daun dalam penghasilan tenun Diraja Pahang dapat diperluaskan, yang sekali gus dilihat boleh membawa produk tekstil Pahang itu ke tahap lebih membanggakan.
Baginda juga berkenan berkongsi cerita, dalam mencari ilmu berkaitan warna dan tekstil, baginda dan rombongan telah menjelajah ke pelbagai negara antaranya ke Indonesia, Kemboja, Laos dan Thailand untuk 'mencari mereka yang pakar'.
"Saya bawa rombongan untuk pelajari teknik yang digunakan mereka, selain corak yang cantik yang boleh kita contohi. Apabila rombongan ini mengikut saya, mereka tahu ia bukanlah bercuti... dari jam 8 pagi sudah keluar dan balik hanya pada waktu malam.
"Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada tahun 2005, banyak kejayaan yang dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain yang ada," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
![Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550265634_TBHajahAzizahAminah.jpg)
Tunku Azizah berkenan merasmikan pembukaan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, malam tadi. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tukang jahit manfaatkan masa PKP siapkan tempahan baju raya Tukang jahit manfaatkan masa PKP siapkan tempahan baju raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71588110785_Tukangjahit.jpg)
Tukang jahit manfaatkan masa PKP siapkan tempahan baju raya
PKP memberi peluang kepada tukang jahit untuk menyiapkan tempahan baju hari raya pelanggan.
![Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550402323_TUNKUHAJAHAZIZAH.jpg)
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
![Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550265634_TBHajahAzizahAminah.jpg)
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
![ADUN Jeram buat hal lagi! ADUN Jeram buat hal lagi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547613427_MURIDSEKOLAH.jpg)
ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.
![Malu sangat ke berbaju Melayu? Malu sangat ke berbaju Melayu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547177167_BAJUMELAYU.jpg)
Malu sangat ke berbaju Melayu?
Bentuk pakaian Melayu tidak kira untuk lelaki mahupun perempuan adalah suatu bentuk yang sangat mesra dengan tubuh badan kita.
![#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi #MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525855096_ElidaBustaman.jpg)
#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.
![KL2017: Lawanya baju, bangga! Netizen kagum busana Kontinjen Malaysia KL2017: Lawanya baju, bangga! Netizen kagum busana Kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41503194432_bajuatletzz.jpg)
KL2017: Lawanya baju, bangga! Netizen kagum busana Kontinjen Malaysia
Ahli kontinjen kelihatan segak memperagakan busana kebanggaan rakyat Malaysia.
![Industri tekstil dahaga tenaga mahir Industri tekstil dahaga tenaga mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71425103525_295x200.jpg)
Industri tekstil dahaga tenaga mahir
Tenaga mahir dalam sektor tekstil atau lebih khusus tukang jahit mahir adalah elemen penting dalam memastikan kelangsungan penawaran produk industri fesyen untuk terus berjaya.
![Baju kurung: Tiada salah faham, kata pak cik pelajar Baju kurung: Tiada salah faham, kata pak cik pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/61421456319_295x200.jpg)
Baju kurung: Tiada salah faham, kata pak cik pelajar
Larangan pemakaian baju kurung untuk pelajar bukan Melayu adalah kerana ia 'lebih menonjol' daripada 'pinafore' atau pakaian seragam sekolah.