KUALA LUMPUR: Kisah penderitaan yang dilalui seorang ibu tunggal, Suzanne Anton, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan bukan sahaja kepada golongan B40 bahkan turut menjejaskan kelompok M40.
Selepas beberapa hari laporan mengenai Suzanne yang hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja di sebuah syarikat cari gali, hari ini, wanita berusia 45 tahun itu berkongsi berita gembira dengan Astro AWANI.
Kata Suzanne, laporan mengenai kehidupannya yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Astro AWANI baru-baru ini menghadirkan rezeki yang tidak terduga buatnya.
Menurutnya, dia baru sahaja diterima bekerja sebagai Eksekutif Kanan Perolehan di sebuah syarikat di Petaling Jaya.
Katanya, peluang pekerjaan itu diperoleh selepas memohonnya menerusi portal MYFuture job yang dirintis oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Apa yang membuatkan Suzanne bersyukur juga ialah skop pekerjaan yang ditawarkan itu adalah kepakarannya selama ini.
Kesyukurannya tambah berganda apabila jarak antara tempat kerja baharu dengan kediamannya juga tidak begitu jauh.
"Tempat kerja agak dekat dengan rumah dan tiada masalah pengangkutan buat saya. Gaji juga sudah dibincangkan, Insya-Allah saya akan mula bekerja pada Rabu ini.
"Terima kasih Astro AWANI banyak membuka peluang untuk saya dapat kerja dan banyak bantuan saya terima," katanya kepada Astro AWANI dalam perbualan secara maya pada Ahad.
Sejak pendedahan berita mengenainya dibuat Astro AWANI, Suzanne memaklumkan, dia menerima lamaran pekerjaan daripada tujuh buah syarikat selepas lebih lapan bulan gigih mencarinya,
Bahkan, kata Suzanne, dia juga menerima pelbagai bantuan kewangan dan barangan basah serta keperluan harian yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, Ahli Parlimen, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang persendirian.
Segala bantuan yang dihulurkan itu, kata ibu tunggal kepada lima orang anak itu juga sekali gus memberi ruang untuknya 'bernafas' sementara menunggu gaji pertamanya pada bulan depan.
Tambah Suzanne, semangat untuknya bangkit terus membara, malah dia berjanji akan membantu golongan ibu tunggal yang senasib dengannya.
Untuk itu, dia sudah berhubung dengan komuniti di kawasan tempat tinggalnya di Seri Manja, Taman Medan bagi mendapatkan maklumat sekiranya ada ibu tunggal yang senasib dengannya untuk dikongsi rezeki.
"Saya berniat dan berjanji nak kongsi rezeki dengan ibu tunggal yang lain juga, Insya-Allah saya akan sokong dan bantu mana-mana yang perlukan bantuan jangan malu untuk hubungi saya," jelas Suzanne lagi.
Sebelum ini, kisah Suzanne tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak selepas penulis bertemunya di Petaling Jaya Rabu lalu.
Menerusi laporan itu, Suzanne mendedahkan bagaimana kehidupannya berubah daripada seorang bekerjaya dalam golongan M40 bertukar ke B40 selepas hilang pekerjaan lapan bulan lalu.
Lebih memilukan, Suzanne sanggup ketepikan peruntukan kewangan untuk membeli ubat sakit jantung yang dialaminya dengan membeli makanan untuk keluarganya.
Kesemua lima anak Suzanne masing-masing berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun.
BACA: 'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40
Fareez Azman
Sun Jun 27 2021

Kata Suzanne Anton, laporan mengenai kehidupannya yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Astro AWANI baru-baru ini menghadirkan rezeki yang tidak terduga buatnya.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.