Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) adalah antara 300 sekolah perintis pertama yang menerima keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini dalam bentuk pentaksiran secara holistik.
Pengetuanya Ab Aziz Mamat berkata Pelaporan Profil Murid Tingkatan Tiga yang diumumkan bersama dengan keputusan PT3 menunjukkan pencapaian pelajar dalam akademik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
"Untuk tahun pertama pelaksanaan keputusan ini, saya melihat ibu bapa secara langsung dapat melihat kecenderungan anak mereka ke arah mana dan tidak terlalu tertumpu kepada bilangan A yang diperoleh semata-mata," katanya kepada media selepas pengumuman keputusan PT3 di sini, hari ini.
Sambil menyokong pelaksanaan pentaksiran itu, beliau berkata ia juga membantu seseorang pelajar untuk mempersiapkan diri dengan seimbang dalam semua aspek.
Menurutnya kecemerlangan seseorang pelajar tidak seharusnya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi juga dari segi kecergasan fizikal serta sahsiah peribadi yang dimiliki.
Sementara itu, Hatifah Mohamed, ibu kepada pelajar yang menerima keputusan PT3 hari ini berkata format keputusan PT3 yang diperkenalkan tahun ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
Namun, katanya, ia perlu ditambah baik terutamanya bagi pemahaman ibu bapa dan pelajar untuk mentafsir keputusan masing-masing.
"Walaupun guru memberi penerangan tetapi ada beberapa elemen bagi saya yang sukar diterjemah atau difahami makna setiap keputusan itu," katanya.
Seramai 1,526 pelajar Tingkatan Tiga termasuk dua pelajar kurang upaya dari 11 sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama serta sekolah berasrama menduduki PT3 di Putarjaya tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017
Najwa Nur Iman Asmi dipeluk ibunya sejurus menerima kuputusan cemerlang dalam PT3 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) hari ini. -- foto BERNAMA
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) terima keputusan PT3 secara taksiran holistik
Sambil menyokong pelaksanaan pentaksiran itu, pengetua sekolah berkata ia juga membantu seseorang pelajar untuk mempersiapkan diri dengan seimbang dalam semua aspek.