Tempoh sembilan bulan adalah terlalu singkat untuk rakyat menilai prestasi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) berikutan ia merupakan tempoh bagi parti itu membuat 'housekeeping' (pembersihan) terhadap peninggalan kerajaan terdahulu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata walaupun tempoh tersebut singkat, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dijaga termasuk mengambil alih konsesi dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.
"Tempoh sembilan bulan ini macam mengandung... baru kira nak bersalin. Kita mula dengan kertas putih atau kain putih tapi masuk dengan keadaan berselerak habis kita nak kena buat 'housekeeping' dan itu ambil masa.
"Sekarang kita sudah dan sedang buat perubahan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sangat mengambil berat terhadap semua janji dalam manifesto dan jawatankuasa khas untuk tengok pelaksanaan ini juga telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Program Jelajah Bantuan Amal dan Transformasi (JEBAT) dan gotong-royong di Kampung Pantai Halban bersama lebih 30 anggota JEBAT.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan badan penyelidik bebas Ilham Centre semalam bahawa Barisan Nasional (BN) boleh mengalahkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Amiruddin berharap pengundi dapat membuat keputusan yang tepat.
"Bila turun padang, kita tengok respons baik yang mana kita (PH) tidak ditolak, tak ada yang tak nak jumpa, tak nak salam dan perkara itu tidak berlaku seperti di PRK Cameron Highlands sebelum ini, jadi kaji selidik itu belum tentu lagi betul.
"Kita sentiasa tegas mengikut peraturan pilihan raya dekat mana juga PRK dan tidak bagi janji itu ini kepada rakyat. Contohnya, ada menteri yang telah luluskan sesuatu tapi sedar kalau ia diteruskan orang akan cakap itu rasuah sebab nak PRK dan sebab itu dia tarik balik," katanya.
Katanya, dia berharap pengundi di Semenyih dapat menilai dan memberi mandat kepada PH untuk terus menerajui kawasan itu dan ia akan memberi lebih banyak kebaikan kerana kerajaan yang memerintah negara juga adalah PH.
Pengundian bagi PRK Semenyih yang bermula 8 pagi ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman Zainali daripada PH, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019

Amiruddin berharap pengundi di Semenyih dapat menilai dan memberi mandat kepada PH untuk terus menerajui kawasan itu dan ia akan memberi lebih banyak kebaikan kerana kerajaan yang memerintah negara juga adalah PH. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.

Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia
Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.

PRN Melaka: Pejuang kemungkinan tidak letak calon
Namun, kata Amiruddin, keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini lebih selamat.

Parlimen perlu bersidang secara kendiri - Pejuang
Ia bagi memenuhi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara keluar dari krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial.

Mahkamah perintah Menteri Dalam Negeri putuskan rayuan pendaftaran Pejuang dalam 14 hari
Hakim membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.

Pejuang ada beberapa strategi untuk didaftarkan - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, beliau tidak akan mendedahkan strategi yang telah dirancang untuk memastikan Pejuang berjaya didaftar.

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Belanjawan 2021: Pejuang bantah keputusan had 80 ahli Parlimen di Dewan Rakyat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membantah keputusan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Tiga bulan berlalu, status pendaftaran Pejuang jadi tanda tanya
JPPM seolah-olah menjadi alat kerajaan bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat, tegas Amiruddin.

Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
Datuk Amiruddin Hamzah memaklumkan beliau telah menghantar surat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.