Skip to main content

Malaysia

Sembilan ditahan merusuh rebut kawasan perniagaan di Desa Tun Razak

Fadil berkata berkata kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota URB Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. -  Foto tangkap layar video tular
Fadil berkata berkata kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota URB Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. - Foto tangkap layar video tular

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian rusuhan berkaitan perebutan kawasan perniagaan di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak.
  • Polis merampas beberapa barangan dipercayai digunakan semasa pergaduhan dan menahan dua suspek utama di lokasi kejadian.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dengan majoriti suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian merusuh dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung pergaduhan membabitkan sekumpulan individu kira-kira 11 malam.

Advertisement

"Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di kawasan berkenaan.

"Tindakan pantas pihak polis berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita di sekitar lokasi kejadian, termasuk dua suspek utama bagi kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Fadil berkata polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan kumpulan terbabit semasa pergaduhan itu.

"Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata," katanya.

Beliau berkata semakan mendapati sebahagian besar suspek mempunyai pelbagai rekod kes jenayah dan narkotik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Cheras (03-92050445 / 465) atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement