Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.
"Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.
"Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.
Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir cukai pintu disemak ialah pada 2006.
"Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya. Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2018," katanya.
Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.
Status bandar raya itu diluluskan kerajaan persekutuan pada 2012.
Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.
Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017

Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.

Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.

Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.

Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.

Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.

Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.

COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.

Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.

Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.