KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bakal dilaksanakan secara bersemuka, kata Speakernya, Datuk Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat.
Abdullah berkata bagaimanapun, tarikh persidangan DUN Kelantan hanya akan diketahui selepas tarikh sidang Parlimen ditentukan.
"Persidangan DUN Kelantan tetap akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 sebagaimana yang dilakukan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
"Kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Kali terakhir, DUN Kelantan bersidang ialah pada 13 April 2020 dan berlangsung selama 45 minit ekoran pelaksanaan PKP. - Bernama
Bernama
Sat Jun 26 2021

Keputusan sidang DUN Kelantan dibuat secara bersemuka selepas mengambil kira jumlah ADUN yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat. - Gambar BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.

PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
![[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi? [KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615566030_TBVOTINGxj.jpg)
[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?
Keluar mengundi demi UNDI - Usaha, Negara, Demokrasi dan Impian kita semua.

PRN: Gelanggang untuk rebut 245 kerusi DUN bermula hari ini
'Gelanggang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi hari ini.

Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Nov depan untuk mendengar rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN agar mereka mengosongkan kerusi mereka.

DUN Selangor lulus Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.

Empat ADUN PN di P.Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin ini
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.

PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun.

PRU15: Kedah, Terengganu akur pendirian tidak bubar DUN, P. Pinang masih menanti
Pimpinan Pas Kedah dan Terengganu akur dengan pendirian Pas Pusat untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).