KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita warga asing kerana disyaki menawarkan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi Telegram di sebuah hotel di Jalan Merdeka Permai, Ampang di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai pengurus kepada keempat-empat wanita berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun yang menjalankan aktiviti pelacuran.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi kira-kira sebulan dengan menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi media sosial iaitu Telegram.
"Pelanggan akan membuat pembayaran secara dalam talian sebelum memperoleh maklumat hotel dan bilik dengan setiap perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM180 sejam.
"Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 372/372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peratuan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta suspek lelaki tersebut dikenakan tindakan kompaun," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata turut dikenakan kompaun ialah pengurus hotel kerana melanggar Prosedur Operasi Standard iaitu hotel serta tempat penginapan hanya dibenarkan bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan untuk tujuan pelancongan atau apa-apa aktiviti yang dilarang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021
Siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi kira-kira sebulan dengan menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi media sosial iaitu Telegram. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Imigresen tahan sembilan wanita warga asing disyaki tawar perkhidmatan seks
Kesemua wanita yang berumur antara 25 dan 37 tahun itu terdiri daripada warga Vietnam, Indonesia dan Thailand, manakala pekerja lelaki ditahan yang adalah warga India dan Bangladesh.
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
Op Noda: 263 individu ditahan di ibu kota malam ini
Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, malam ini.
Imigresen bongkar kegiatan bawa masuk kumpulan pelacur melalui Bukit Kayu Hitam
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita dari Thailand secara haram ke negara ini bagi tujuan pelacuran melalui Bukit Kayu Hitam.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.