KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan pada Khamis adalah yang terbaik sepanjang lima tahun kebelakangan ini.
Gred Purata Nasional (GPN) berjaya meningkat sebanyak 0.06 peratus kepada 4.80, berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya (lebih kecil nombor, lebih baik).
Walaupun dalam situasi berperang dengan pandemik COVID-19, calon berjaya mengatasinya.
Ketika negara dibadai pandemik sejak lebih setahun lalu, sekolah berdepan situasi buka-tutup yang secara langsung menjejaskan perjalanan pembelajaran mereka secara tradisional bersama guru dan rakan-rakan seangkatan. Hampir segalanya beralih kepada kaedah digital.
Bagaimanapun, tidak semua calon memiliki kelebihan untuk menjalani proses pembelajaran maya itu sebaiknya. Calon luar bandar terutamanya tidak memiliki peranti yang upaya serta akses terhad kepada capaian internet.
Namun tidak disangka, pencapaian calon luar bandar pada SPM kali ini adalah lebih baik daripada calon bandar. Bagaimana ia boleh berlaku?
Menurut Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Pkharuddin Ghazali, tiada jawapan lain selain kegigihan anak-anak luar bandar ini mengatasi cabaran pandemik dengan memanfaatkan segala sumber yang ada untuk memberikan yang terbaik.
“Mereka ini kumpulan yang istimewa. Walaupun berdepan dugaan pandemik, mereka berjaya catatkan keputusan yang paling baik sejak 2016.
“Ini gambaran bahawa bukan lokasi itu yang memisahkan mereka tetapi kegigihan yang menentukan kejayaan mereka. Bukan sekadar untuk mendapatkan sekeping sijil, tetapi pandemik juga mengajar mereka ilmu untuk survival dalam kehidupan ini,” jelas Pkharuddin.
Ia turut sedikit sebanyak dibantu oleh faktor ruang masa yang lebih panjang untuk mereka persiapkan diri.
Sepatutnya mereka duduki peperiksaan pada Oktober, namun ditunda ke November sebelum dianjak sekali lagi ke Januari 2021 dan akhirnya dapat duduk di meja peperiksaan pada 22 Februari.
Mereka sudah mempersiapkan diri sekurang-kurangnya tiga kali, maka Pkharuddin melihat mungkin dugaan ini menjadi kelebihan buat mereka. Kata orang, rahmat dalam bencana.
“Kalau kita pun yang dalam sektor pekerjaan ini diberi tugas yang memaksa kita melakukan sesuatu tugas itu berulang kali dalam tempoh yang cukup, akhirnya kita pun menguasai kemahiran melaksanakan tugas tersebut,” ujarnya.
Justeru, Pkharuddin menangkis dakwaan bahawa berlaku kompromi dalam penyediaan dan penilaian instrumen yang diberikan kepada calon SPM 2020, kerana mereka masih berpegang kepada prinsip sama dan tidak berubah.
Maklum beliau, kertas soalan sebenarnya sudah siap sebelum negara dilanggar pandemik lagi, dan ia melalui disiplin pemeriksaan yang teliti dalam beberapa peringkat.
“Juga ini kali pertama kita menerapkan penandaan secara digital dan atas talian, yang jelas memudahkan tugas di setiap peringkat. Malah, ditambah lagi 1,707 orang pemeriksa yang lebih melicinkan proses.
“Kerana itu keputusan boleh diumumkan 14 hari lebih awal daripada kebiasaan tempoh yang diambil untuk menyediakan keputusan pada tahun-tahun sebelum ini," katanya lagi.
Tonton temu bual penuh Datuk Pkharuddin Ghazali bersama hos, Nazri Kahar dalam Agenda AWANI, di sini:
Israr Khalid
Thu Jun 10 2021

Pkharuddin sifatkan calon SPM 2020 adalah kumpulan yang istimewa, berjaya capai kecemerlangan dalam keterbatasan dek pandemik. - Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.