KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil tindakan tegas menggantung jawatan ahlinya sebagai penyelaras satu kawasan Parlimen di Sabah berkuat kuasa Rabu selepas didakwa terlibat dalam salah laku termasuk mencabul.
Setiausaha Agung STAR, Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, lembaga disiplin parti juga akan bersidang bagi menentukan sama ada menggantung keahlian atau memecat individu itu daripada parti.
Tegasnya, STAR Sabah mengambil berat mengenai perkara itu dan sekali parti yang berperlembagaan, semua perkara perlu diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam parti.
"Tindakan ini menunjukkan bahawa pihak kepimpinan parti sentiasa terbuka untuk mendengar keluhan dan aduan dari semua pihak, terutama daripada ahli-ahli parti.
BACA: Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
Parti STAR juga mengambil berat mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, beliau meminta ahli dan penyokong STAR untuk bersabar dan tidak membuat sebarang tindakan yang akan mengeruhkan keadaan.
Tambahnya, setakat ini terdapat dua laporan terhadap ahli STAR yang sedang viral di media sosial iaitu mencabul peserta Unduk Ngadau dan mengasari pengawal keselamatan di Dewan KDCA.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazai Ghazali memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh dan adil berhubung laporan polis yang mendakwa peserta Unduk Ngadau 2021 dicabul seorang individu.
Eleanor Michelle Patrick
Thu Jun 03 2021

Guandee berkata, lembaga disiplin parti juga akan bersidang bagi menentukan sama ada menggantung keahlian atau memecat individu itu daripada parti. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

STAR gantung ahli didakwa cabul peserta Unduk Ngadau
STAR mengambil tindakan tegas menggantung jawatan ahlinya sebagai penyelaras kawasan Parlimen selepas didakwa terlibat dalam salah laku termasuk mencabul.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
Polis menyiasat laporan polis seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa dicabul salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan.