Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak menderita sakit hingga meragut separuh nyawa.
Apatah lagi apabila pasukan perubatan gagal untuk mengesahkan punca penyakit yang dialami anak mereka.
BACA: Susu tiruan: Rasa susu anak anda, jangan selalu tukar - Pakar
Itulah yang terpaksa dilalui Norseila Nawi apabila anaknya yang hanya berusia 10 bulan pada Oktober lalu menderita kulit melepuh, muntah tanpa henti hingga mengeluarkan najis berdarah.
Norseila mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan anaknya, Adruce Mikael Ahmad Solahuddin selepas tular di media sosial isu susu bayi tiruan.
BACA: 210 kotak susu tiruan bernilai RM42,000 dirampas
Menceritakan kepada Astro AWANI, sukar untuk beliau ungkapkan apa yang berlaku kepada anaknya.
Terdesak beli, bekalan habis
Pada lewat petang 9 Oktober lalu, Norseila yang menetap di Setia Alam, Selangor terpaksa membeli sekotak susu di sebuah kedai serbaneka terkemuka yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia lantaran bekalan susu anak keduanya itu habis.
"Saya ke kedai rangkaian serbaneka dan saya membeli susu berjenama yang sama seperti biasa saya beli kerana di pasaraya yang selalu beli telah habis bekalan.
BACA: Susu tiruan: Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web
"Pada subuh 10 Oktober, saya membuka susu berpaket dalam kotak itu dan masukkannya dalam tin. Itu yang selalu saya lakukan.
"Selepas saya bancuh dan bagi kepada anak saya, dia terus muntah dan keadaan sama berulang. Boleh dikira hampir sembilan kali dia muntah sejak pagi hingga pukul 3 petang.
"Selain muntah, kemudian naik ruam berwarna merah yang kelihatan agak melecur di seluruh badan dia. Pukul 3 petang anak saya tak bangun dan susu pun tak nak minum, jadi saya bawa dia ke hospital," katanya.
Syak makanan, persekitaran
Setelah membawa anaknya ke unit kecemasan sebuah hospital, doktor yang merawat anaknya mengesyaki Adruce Mikael mengalami dehidrasi atau kesugulan akibat muntah yang berterusan.
"Doktor ada bertanya saya susu apa yang saya berikan, saya sebutkan jenama susu yang saya beri. Kemudian doktor tidak langsung mengesyaki alahan susu kerana ia antara susu yang dicadangkan oleh doktor.
"Jadi doktor mengesyaki makanan (solid food) yang saya beri atau anak saya memasukkan sesuatu dalam mulutnya dari persekitaran rumah kerana dia sudah pandai merangkak," ujarnya.
BACA: Susu tiruan atau tercemar? KPDNKK, KKM mesyuarat petang ini
Jelas Norseila, ketika itu beliau masih tidak menerima sebarang jawapan kukuh daripada doktor berkenaan punca sebenar penyakit yang dialami anaknya.
"Selepas itu, doktor masukkan saliran air garam (water drip). Perkembangannya sangat positif bila dia berhenti muntah dan ruam berkurangan.
"Doktor kata jika ada apa-apa sakit baki kesan sampingan akan keluar melalui najis. Memang benar, najis anak saya sangat busuk dan agak berlendir.
"Empat hari di hospital, saya ada berikannya dua kali sahaja susu yang sama dan dua kali juga anak saya alami cirit birit selepas minum susu itu," katanya.
Bagaimanapun, Norseila berkata beliau tidak mengesyaki langsung susu menjadi punca kejadian itu kepada anaknya kerana baginya susu berjenama terkemuka itu adalah produk berkualiti tinggi.
Diberi susu sama, bertambah serius
Menurut Norseila, doktor telah menjalankan ujian darah bagi mengesan virus Rota atau Influenza, namun keputusan adalah negatif.
Pada 14 Oktober, Adruce Mikael dibenarkan keluar hospital. Setiba di rumah, Norseila memberi anaknya susu jenama sama tanpa memberi sebarang makanan lain kerana gusar kejadian sama akan berulang.
Namun, tanggapannya meleset apabila keadaan anaknya bertambah serius berbanding 10 Oktober lalu.
"Pada 16 haribulan, keadaannya makin serius apabila dia muntah yang mengeluarkan lendir berwarna kekuningan dan berbuih. Malah, najis sangat banyak.
"Saya terus bawanya ke hospital dan doktor terpaksa menahan anak saya di dalam wad. Doktor mengesyaki virus. Tetapi hari ketiga, saya dapati najis anak saya berdarah.
"Adruce Mikael terpaksa melalui prosedur memasukkan antibiotik dalam badannya. Dia beransur pulih dan saya tidak memberikan langsung susu kepadanya," jelas ibu berusia 33 tahun itu.
Laporan rampasan susu tiruan
Selepas media melaporkan rampasan susu tiruan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tempoh hari, Norseila menghubungi semula doktor yang merawat anaknya.
"Doktor akui tidak membuat sebarang ujian darah berhubung pengambilan diet Adruce Mikael. Doktor kemudian minta saya datang semula baru-baru ini dan membuat ujian fungsi buah pinggang dan hati.
BACA: Mead Johnson keluarkan cara kenal pasti susu formula palsu
"Tapi keputusan ujian itu masih belum keluar lagi dan saya masih menunggu laporan penuh ujian darah tersebut.
"Saya juga telah membuat laporan kepada syarikat pengeluar produk susu berkenaan dan kepada KPDNKK, tapi masih belum ada maklum balas.
Meruntun hati ibu lihat anak menderita
Norseila yang bekerja sebagai usahawan akui tinggal berjauhan dengan suaminya membuatkannya lebih cekal hadapi segala dugaan sebegitu.
"Saya ini agak kuat orangnya, sebab saya tinggal berjauhan dengan suami. Saya tidak akan menangis kalau anak saya sakit atau terpaksa ke hospital tengah malam.
BACA: Awas! Jangan terpedaya susu bayi murah
"Tapi bila lihat najis pun berdarah, saya terus terduduk, demi Allah. Sekecil 10 bulan terpaksa tanggung derita sebegitu.
"Apatah lagi bila melihat anak saya melalui prosedur memasukkan antibiotik kerana saya tahu apabila antibiotik itu masuk ke dalam badan, ia akan terasa sangat sakit. Dia menangis tanpa henti.
Justeru, beliau menasihati ibu bapa yang mempunyai gejala yang sama seperti anaknya untuk mendapatkan rawatan segera di hospital dengan melakukan pemeriksaan terperinci
Harits Asyraf Hasnan
Tue Dec 12 2017
Adruce Mikael mula mengalami gejala muntah berterusan, kulit melepuh dan cirit birit sejak 10 Oktober lalu ketika berusia 10 bulan - Foto Norseila Nawi
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
ASEAN 2025: Mohamad Hasan pengerusikan Pemukiman AMM di Langkawi
Mesyuarat ini merupakan acara pertama dalam kalendar tahunan ASEAN bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
ASEAN perlu bekerjasama bentuk masa depan pelancongan lebih baik - Onn Hafiz
Usaha ini akan menggambarkan semangat kolaborasi dan perkongsian visi yang mencerminkan ASEAN.
Penyerang bunuh diri selepas tembak mati dua hakim di Mahkamah Agung Tehran
Kedua-dua hakim itu dibunuh satu "pembunuhan terancang" di dalam mahkamah sebelum penjenayah melarikan diri dan mengambil nyawanya sendiri.
Netanyahu keluar dari hospital
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi.
Mexico catat lebih 100 kematian berkaitan haba
Sekurang-kurangnya 104 orang meninggal dunia berkaitan haba di Mexico sejak pertengahan Jun, kebanyakannya disebabkan oleh strok haba dan dehidrasi.
Cuaca panas: Rakyat Kelantan diminta hadkan aktiviti luar
Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia yang boleh mengundang kesan terhadap kesihatan daripada tahap sederhana sehingga membawa maut akibat strok haba.
Tip kekal hidrat dan aktif semasa pandemik COVID-19
Kekal terhidrat sepanjang masa memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan keseluruhan.
Kepala tersangkut tangga selama lima hari
Mangsa berusia lingkungan 60-an itu masih berada dalam keadaan sedar apabila ditemukan pasukan perubatan.
Camila Cabello dikejarkan ke hospital
Menerusi platform Twitter miliknya, penyanyi muda berbakat besar itu menjelaskan, dia sudah berasa tidak sihat ketika berada di BBMAs 2018 lagi.
Syak susu tiruan: Ibu terduduk, lihat najis anak berdarah
Norseila yang menetap di Setia Alam, Selangor terpaksa membeli sekotak susu di sebuah kedai serbaneka terkemuka yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia
Susu tiruan: Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web
Dilema penjualan susu Mead Johnson yang didakwa mengakibatkan kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah atau dehidrasi semakin membimbangkan. Di mana silapnya?
'Minum banyak air putih, minuman isotonik elak dehidrasi'
Orang ramai dinasihat mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan meminum banyak air putih ketika musim panas.
Cuaca panas akibat El-Nino dijangka hingga Mac ini
Orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.