Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan dirujuk kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina sensitiviti perkauman berhubung isu calit abu mayat Chin Peng di dahi wakil rakyat.
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng yang juga bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).
Kenyataan Tajuddin pada Selasa lepas itu dicatat dalam Penyata Rasmi muka surat 36.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, ketika membawa usul itu pada akhir persidangan Dewan Rakyat pada Khamis berkata, pada 3 Dis lepas, Tajuddin telah mengeluarkan kenyataan yang menghina sensitiviti perkauman dan satu penghinaan agama Hindu yang amat serius dengan bertanyakan soalan itu kepada Rayer.
"Beliau telah menyinggung perasaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Hindu dan turut mencemar prestij dan nama baik dewan yang mulia ini.
"Maka Yang Berhormat Pasir Salak hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas perbuatan Yang Berhormat yang boleh dianggap sebagai menghina Majlis," katanya.
Usul itu diluluskan tanpa bahas berikutan berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mempersoalkan keperluan perbahasan itu dilakukan kerana Tajuddin telah dihukum gantung daripada menghadiri persidangan dewan sebelum ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kemudiannya memutuskan usul itu diluluskan dengan suara teramai.
"Apabila saya meneliti keadaan dewan ini saya dapati pihak pembangkang tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Oleh kerana itu, ahli-ahli yang berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan.
"Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia di bawah Perkara 6 itu tadi hendaklah disetujukan...Ahli Yang Berhormat yang setuju sila katakan setuju, yang tidak bersetuju katakan tidak.
"Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019

Kenyataan Tajuddin pada Selasa lepas itu dicatat dalam Penyata Rasmi muka surat 36. - Gambar fail
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Kecam, 'laknat' tindakan bawa masuk abu mayat Chin Peng - Zainal Kling
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menegaskan gerakan PKM yang mengembangkan fahaman Komunisme satu ketika dahulu adalah satu penderhakaan kepada negara.

'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan
Abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.