Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Waze: MKN tegaskan tiada kompromi risiko keselamatan libatkan Israel

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri, dalam kenyataan pada Rabu menegaskan kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi berkenaan.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan menegaskan tiada kompromi terhadap keselamatan negara dan perlindungan data rakyat susulan kebimbangan penggunaan aplikasi navigasi Waze.
  • MKN memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan serta maklumat peranti pengguna oleh Waze yang tertakluk kepada undang-undang dan bidang kuasa Israel.
  • Penjawat awam dan rakyat Malaysia disaran menggunakan aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu demi keselamatan data dan kepentingan strategik negara.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan yang melibatkan Israel, dengan perlindungan data rakyat dan kedaulatan maklumat negara kekal sebagai keutamaan susulan kebimbangan terhadap penggunaan aplikasi navigasi Waze.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri, dalam kenyataan pada Rabu menegaskan kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi berkenaan.

"Kebimbangan itu turut mengambil kira terma penggunaan Waze yang memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah negara itu bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya.

"Maklumat lokasi dan corak pergerakan pengguna merupakan data sensitif yang memerlukan perlindungan sewajarnya, khususnya apabila melibatkan urusan rasmi serta kepentingan strategik negara," menurut kenyataan itu. 

Sehubungan itu, penjawat awam dan rakyat Malaysia disaran beralih kepada aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), atau aplikasi tempatan lain yang bersesuaian.

"MKN turut memaklumkan bahawa Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bersama MKN menyediakan Soalan Lazim (FAQ) bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan.

"Kerajaan menegaskan kemudahan teknologi tidak boleh mengatasi tuntutan keselamatan negara, khususnya apabila melibatkan data sensitif rakyat dan kepentingan strategik Malaysia," katanya lagi. 

Must Watch Video

Advertisement