PUTRAJAYA: Seorang tertuduh harus diberi peluang untuk menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara bagi mengelakkan salah faham terhadap undang-undang atau ia diguna pakai secara salah kerana keputusan untuk mendakwa boleh membawa kesan yang besar kepada individu terbabit.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam penghakiman setebal 55 muka surat, berkata kesan akibat pendakwaan adalah termasuk kehilangan reputasi, tekanan serta gangguan dari segi pekerjaan dan hubungan kekeluargaan.
"Keputusan Peguam Negara untuk mengemukakan pendakwaan mampu memberikan kesan yang besar kepada tertuduh, pihak yang terjejas dan masyarakat secara amnya," kata beliau.
Beliau berkata dalam kes-kes yang jarang berlaku dan disifatkan sebagai luar biasa, kuasa budi bicara Peguam Negara adalah tertakluk kepada semakan kehakiman.
Katanya oleh itu, tertuduh harus diberi peluang menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara dalam mengemukakan pendakwaan jika dikhuatiri berlaku salah faham terhadap undang-undang atau diguna pakai secara salah.
Tengku Maimun berkata demikian dalam penghakiman mahkamah yang memutuskan bahawa bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan bagi tindakan yang dilakukan beliau semasa memegang jawatan itu.
Ketua Hakim Negara berkata adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menghalang sistem keadilan jenayah digunakan sewenang-wenangnya terhadap individu tertentu dan mengelakkan orang yang tidak bersalah melalui prosiding jenayah jika Peguam Negara gagal mengguna pakai kuasa budi bicaranya selaras dengan kehendak undang-undang berhubung pendakwaan.
"Untuk membenarkan sesuatu perkara tanpa merit diteruskan melalui mahkamah jenayah akan memberi kesan yang besar kepada kerjaya dan kehidupan tertuduh selain menyebabkan usaha serta masa yang tidak perlu selain kos tambahan dana awam," katanya.
Penghakiman itu menyebut dalam kes yang wajar atau luar biasa, adalah lebih baik membatalkan keputusan untuk mendakwa sebelum prosiding jenayah bermula agar kesukaran yang tidak sepatutnya berlaku terhadap tertuduh akibat pendakwaan salah, dapat dikurangkan.
Pada 30 April lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun membenarkan rayuan Sundra Rajoo dan mengisytiharkan bahawa beliau berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan bagi tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasminya.
Sundra Rajoo, 65, yang menjadi Pengarah AIAC dari 2010 hingga 2018, memenangi kesnya di peringkat Mahkamah Tinggi namun Mahkamah Rayuan telah mengenepikan keputusan itu selepas membenarkan rayuan Kementerian Luar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kerajaan dan Peguam Negara.
Beliau kemudian memperoleh kebenaran untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 22 Jan tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana AIAC berjumlah lebih RM1 juta terhadap Sundra Rajoo selepas memutuskan bahawa beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Sundra Rajoo berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan bagi tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasminya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021

Pada 30 April lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Sundra Rajoo dan mengisytiharkan bahawa beliau berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan bagi tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasminya. - Foto fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.

Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.

Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dibentangkan 2025
Laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada 2025.