KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad berkata LHDN melayan kes Najib sama seperti kes pembayar cukai lain dan adalah menjadi tanggungjawab agensi itu untuk mengutip cukai daripada pembayar.
"Tiada campur tangan politik. Kami menanti sejak Julai 2020 untuk Najib datang dan berbincang mengenai kaedah pembayaran selepas penghakiman terus dikeluarkan namun beliau tidak berbuat demikian.
"Rakyat akan mempertikai mengapa kami tidak melaksanakan perintah itu," katanya sambil menambah LHDN perlu melaksanakan perintah itu selepas ia dikeluarkan oleh mahkamah.
Beliau berkata demikian semasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache menerusi aplikasi Zoom pada pendengaran permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung pembayaran cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula berhujah Najib akan kehilangan segalanya jika notis kebankrapan yang difailkan terhadap beliau dibenarkan.
"Beliau akan kehilangan pencen, kedudukan dalam politik dan hartanya juga mungkin dilelong," katanya sambil menambah Najib akan hilang semua yang dibinanya sejak 1976.
Muhammad Shafee juga berkata mereka telah cuba berunding dengan LHDN berhubung pembayaran RM1.69 bilion namun rundingan itu telah dihentikan dan LHDN meneruskan tindakan dengan memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib.
Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk memutuskan permohonan itu menerusi e-mel.
Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun untuk mendengar rayuannya.
Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan
Pada 4 Feb lepas, kerajaan melalui LHDN telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib atas kegagalan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lepas.
Menurut notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan kadar faedah lima peratus setahun bermula 22 Julai 2020 (tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 yang berjumlah RM1,738,804,204.16.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan oleh LHDN terhadap Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja bagi lancarkan proses percukaian
Pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta).

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.

Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.

Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.