Tiada pembinaan hospital baharu bakal dibina di kawasan Balik Pulau, sebaliknya usaha menaik taraf Jabatan Kecemasan, Makmal dan Forensik sedang dilaksanakan di hospital berkenaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata menerusi rancangan Kementerian Kesihatan terdapat beberapa fasa untuk menaik taraf Hospital Balik Pulau tersebut.
"Fasa pertama adalah untuk menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Jabatan Onkologi serta Forensik yang sedang berlangsung sekarang ini di kawasan yang terdapat di belakang hospital ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Kluster Pulau di hospital Balik Pulau di sini pada Jumaat.
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Sebelum ini bekas Timbalan Menteri Kesihatan yang juga bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan pernah menyatakan hasrat untuk membina sebuah hospital baharu yang mempunyai 300 katil bagi memberi perkhidmatan kepada lebih 310,000 penduduk di sekitar daerah Barat Daya.
Dr Dzulkefly berkata konsep hospital kluster yang diperkenalkan mampu memberikan manfaat kepada penduduk Balik Pulau kerana berpeluang menikmati segala kepakaran dan keperluan yang terdapat di Hospital Pulau Pinang.
"Ia merupakan satu konsep yang sangat bijak yang akan mengizinkan segala kepakaran yang ada di anchor hospital (Hospital Pulau Pinang) membantu hospital yang tidak berpakar seperti hospital Balik Pulau ini. Perkongsian pakar serta fasiliti dan dalam bidang yang tidak ada di hospital tidak berpakar ini dibantu oleh pakar-pakar di anchor hospital itu," katanya.
Beliau berkata projek rintis hospital kluster telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Sabah, sebelum kementerian memperluas inisiatif itu dua tahun kemudian dengan menyasarkan pelaksanaan tiga hospital kluster baharu setiap tahun.
"Sehingga kini terdapat 25 kluster termasuk hospital kluster pulau. Kesemua kluster ini melibatkan 88 buah hospital terlibat di seluruh negara. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019

Dr Dzulkefly (dua, kanan) menandatangani plak perasmian Persidangan ke-2 'AMDI International Oncology & Medical Physics' di George Town, 1 Mac, 2019. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.

Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.

Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.

Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.

Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.

Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.