Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung penganjuran perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran pusat beli-belah di ibu kota, Sabtu lepas, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan menolak keras sebarang tindakan oleh pihak yang menganjurkan himpunan tanpa permit dan melanggar Akta Himpunan Aman 2012.
"Pihak polis sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu. Mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan, mereka mestilah mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Bagaimanapun, saya dimaklumkan mereka berhimpun tanpa permit sekali gus telah melanggar undang-undang jadi saya serahkan perkara ini pada pihak polis," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa memantau sebarang penganjuran perhimpunan yang diadakan di negara ini.
"Kita mempunyai undang-undang dan kita akan bertindak serta bertegas dalam apa pun soalnya, setiap warga Malaysia tidak terkecuali daripada peraturan undang-undang, ini sistem demokrasi, dan kita ada undang-undang jadi mereka harus mematuhinya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan haram itu yang didakwa disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menuntut penghapusan diskriminasi gender, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.
Bernama
Mon Mar 11 2019

Perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di ibu kota Sabtu lalu adalah perhimpunan haram- Muhyidin. Gambar BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.