DUNGUN: Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) berhampiran Bandar Ketengah Jaya, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.10 petang mangsa, Mohd Zuki Yusof, 44, yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 dan isterinya Nur Farraheeda Ali Khan, 41, iaitu kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) maut di lokasi kejadian.
Sementara anak perempuan pasangan terbabit Nasyreen Umayra Mohd Zuki, 10, maut ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.
Seorang lagi anak mereka Damia Irdina, 13, yang turut menaiki kenderaan sama mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Dungun.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila SUV tersebut hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah, Zul Husni Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang dan lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di lokasi, kita mendapati pasangan suami isteri terbabit tersepit di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan dan telah meninggal dunia. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas.

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.

Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.

Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun
Pasangan suami isteri dan anak mereka mengaku tidak bersalah dera mangsa menggunakan rotan, memukul, menendang serta simbah air panas.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan akan dikebumi di Alor Setar
Ahli keluarga sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Tiga beranak edar dadah bernilai RM2.18 juta ditahan
Sekiranya dadah-dadah berkenaan terlepas di pasaran ia boleh digunakan oleh setengah juta orang.

Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.

Tiga beranak maut, kenderaan SUV bertembung bas
Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas.