RANAU: Membawa bekalan vaksin COVID-19 dengan menempuh jalan tanah merah berbatu dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda serta dikelilingi persekitaran hutan tebal, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Bagaimanapun, pasukan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Pejabat Kesihatan Ranau bersama Kelab Pacuan Empat Roda 4X4 Ranau nekad menempuh perjalanan mencabar sejauh lebih 40 kilometer yang mengambil masa lebih tiga jam bagi memastikan penduduk di pedalaman daerah ini tidak tercicir daripada divaksin.
Pegawai Kesihatan Daerah Ranau Dr Fionna Vincent Bizini berkata beliau bersama petugasnya bertolak seawal pukul 6 pagi bersama sembilan kenderaan pacuan empat roda, bagi menempuh perjalanan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ranau di sini menuju ke destinasi vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Kawiyan.
"Bawa vaksin ke kawasan ini bukan mudah kerana kita terpaksa melalui laluan berbatu, tanah merah yang agak jauh menjadi satu cabaran buat petugas kesihatan dalam memberi khidmat vaksinasi...agak mencabar perjalanannya, harapnya tiada hujan turun selepas ini jika tidak, jalan jadi lagi sukar.
"Walaupun kawasan ini jauh di pedalaman namun, ia tidak mematahkan semangat kita semua untuk mengadakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 demi memastikan penduduk di kawasan ini juga menerima suntikan vaksin," katanya kepada Bernama
Beliau ditemui pada program vaksinasi itu semalam di Sekolah Kebangsaan Kawiyan yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunasalam yang meninjau sendiri proses pemberian vaksin di sekolah tersebut.
Ranau terletak lebih kurang 108 kilometer timur dari Kota Kinabalu serta terkenal sebagai 'rumah' kepada Gunung Kinabalu, didiami lebih 100,000 penduduk yang majoritinya daripada etnik Dusun.
Dr Fionna berkata sebanyak 150 dos vaksin habis diberikan berikutan sambutan amat menggalakkan daripada penduduk dan program itu dijadual diteruskan di kawasan pedalaman Kaingaran dan Paginatan awal bulan depan.
"Saya difahamkan lokasi program juga agak jauh dan memerlukan bantuan kelab pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan berkenaan, walau apa pun cabaran yang mendatang kita akan tetap tempuh bagi memastikan rakyat dilindungi daripada COVID-19," katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Paka, Ulu Sugut, Julina Gandalau, 50, berkata dia belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, namun bersyukur kerana kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) sanggup datang ke kawasan pedalaman untuk mengadakan program vaksinasi.
"Kalau kita mendaftar dan tunggu dipanggil memang lama. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang datang ke sini untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi daripada COVID-19," katanya selepas selesai menerima suntikan dos pertama.
Seorang lagi penduduk kampung itu Amirul Asanboh, 33, berkata dia hadir ke program itu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.
"Kalau buat program di sini sangat bagus sebab orang pedalaman senang mahu datang, kalau mahu pergi pekan (Ranau) kena ikut orang dan perlu bayar tambang.
"Tidak semua penduduk kampung mempunyai kenderaan pacuan empat roda disebabkan jalan dari kampung ini ke Pekan Ranau agak jauh dan terpaksa melalui jalan yang teruk dan memakan masa berjam-jam perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
![Tiga jam perjalanan ke pedalaman Ranau berbaloi, vaksin habis diberi penduduk Tiga jam perjalanan ke pedalaman Ranau berbaloi, vaksin habis diberi penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624869215_Bertongkat.jpg)
Bertongkat tidak menghalang Jackry Lampadak, 26, dari Kampung Paka Ulu Sugut untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Kawiyan semalam. - fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732335597_AMAZON.jpg)
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
![Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739145822_tbPlayStation.jpg)
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Hampir separuh rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 diperoleh tahun ini - Kajian Hampir separuh rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 diperoleh tahun ini - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/41579073496_Vaccine.jpg)
Hampir separuh rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 diperoleh tahun ini - Kajian
48 peratus daripada penduduk di Malaysia yakin vaksin COVID-19 akan dapat diperolehi sebelum akhir tahun ini.