Tiga 'mat rempit' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pemandu ambulans dan menghalang penjawat awam di Jalan Simpang Empat Semanggol, pada Ahad lepas.
Muhammad Norafrani Azmi,20, Abdul Aziz Md Desa,24, dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun membuat pengakuan itu setelah pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu dan dua bulan serta denda RM1,000 dan RM3,000 masing-masing ke atas Muhammad Norafrani dan Abdul Aziz manakala remaja itu ditawarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Norafrani dan Abdul Aziz didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap Shariff Ismail, 53, kira-kira 1.40 pagi di Jalan Simpang Empat Semanggol.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau penjara atau kedua-duanya.
Selain itu, Muhammad Nurafrani juga didakwa bersama-sama remaja itu menghalang seorang penjawat awam iaitu pemandu ambulans berkenaan daripada menjalankan tugas awamnya.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa Raya ASP Rosmaria Awang manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Biro Bantuan Guaman T. Selvadoray.
Dalam kejadian Ahad lepas, seorang pemandu ambulans cedera akibat ditumbuk di kening kanan selepas menegur sekumpulan 'mat rempit' yang berlumba di Plaza tol Taiping Utara, Kamunting.
Seorang jururawat yang menjaga pesakit di dalam ambulans belakang cuba membantu dan meleraikan kumpulan terbabit turut diterajang mereka.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2017

Dalam kejadian Ahad lepas, seorang pemandu ambulans cedera akibat ditumbuk di kening kanan selepas menegur sekumpulan 'mat rempit' yang berlumba di Plaza tol Taiping Utara, Kamunting. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.

Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.