Skip to main content

Malaysia

Tiga maut dalam kemalangan babit dua kenderaan di Kota Tinggi - Bomba

KOTA TINGGI - Tiga individu maut selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Jemaluang di sini pada Selasa.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.05 petang.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Jemaluang. - Gambar Sinar Harian
Advertisement

KOTA TINGGI: Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Leman, Jalan Jemaluang di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azlan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada 5.05 petang.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai tersebut.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) didapati benar berlaku kemalangan, melibatkan kereta jenis Honda City dan Toyota Vios. Ketiga-tiga mangsa, iaitu lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 20 tahun yang menaiki Honda City serta lelaki berusia 31 tahun yang menaiki Toyota Vios, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“PKO bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan rescue cutter dan stretcher,  sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azlan berkata operasi tamat sepenuhnya pada 6.59 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman dalam kenyataan berasingan memaklumkan kes masih lagi dalam siasatan dan kenyataan media akan menyusul kemudian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian di Kilometer 80 Jalan Johor Bahru-Mersing itu, kira-kira 5.25 petang.

Yusof berkata kejadian dipercayai berlaku, apabila kereta Toyota Vios terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Honda City.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios serta pemandu kereta Honda City mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta badan dan telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan.

“Mayat kesemua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yusof turut memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut agar menyalurkannya di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di sini atau mana-mana balai berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement