Kelicikan dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Filipina yang berselindung di sebalik premis urut untuk menjalankan aktiviti pelacuran akhirnya terbongkar selepas mereka berjaya diberkas polis dalam serbuan di pekan Donggongon, di sini, pagi tadi.
Dalam serbuan jam 4 pagi itu, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di lokasi terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, selain daripada tangkapan itu, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM51 dan tiga keping kondom.
"Bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan, kita melaksanakan serbuan di sebuah premis urut di pekan Donggongon dan berjaya menahan tiga wanita dengan dua daripadanya adalah warga tempatan manakala seorang lagi warganegara Filipina.
"Semua suspek ini disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran di premis urut itu dan polis turut berjaya merampas wang tunai RM51 serta tiga keping kondom dengan salah satu daripadanya sudah digunakan," katanya, dalam kenyataan medianya, hari ini.
Jelas Salehhudin, semua suspek sudah dibawa ke balai polis berdekatan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958.
Ruzaini Zulkepli
Sun Dec 03 2017

Polis tahan tiga wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran. - Astro AWANI

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Dibuang kerja, kini berniaga di Tamu Donggongon
Akibat dibuang kerja susulan pandamik COVID-19, para belia ambil tindakan berniaga di Pasar Tamu Donggongon.

Jambatan pertama projek lebuh raya Pan Borneo Sabah dibuka
Jambatan baharu sepanjang 150 meter merentasi Sungai Papar di Kampung Simpudu, menjadi jambatan pertama siap dibina di bawah Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Tiga wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Penampang
Dua wanita tempatan dan seorang warga Filipina ditahan polis kerana terlibat dalam akviti pelacuran dalam serbuan di pekan Donggongon, pagi Ahad.