KUALA LUMPUR: Polis menyiasat insiden kekecohan dan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan Wangsa Maju di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum itu, tular video berdurasi 38 saat sebuah kereta yang dipandu laju merempuh sebuah kereta lain di kawasan parkir.
Kejadian itu menyebabkan sekumpulan lelaki berang dan menghentak cermin pintu kereta dengan topi keledar.
Malah berlaku pergaduhan antara indvidu terbabit.
Punca kejadian masih dalam siasatan polis. - Sinar Harian