Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melancarkan tujuh judul buku perubatan dan kesihatan sempena lawatan mesra Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) ke Anjung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.
Buku terbitan DBP itu adalah hasil tulisan pakar-pakar perubatan daripada pelbagai pengkhususan untuk bacaan umum serta bertujuan menggalakkan lebih ramai ahli perubatan menulis buku bacaan umum di dalam laras Bahasa Melayu.
Tujuh judul itu ialah Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme; 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu; Madu dan Wanita Menopaus: Kenyataan dan Harapan; Si Kecil di Pusat Asuhan: Panduan Ibu Bapa dan Pengendali; 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan Jilid 3; 100 Persoalan Mengenai Kanser Payu Dara dan Panduan Syarak tentang Kelahiran.
Sementara itu, Dr Siti Hasmah yang juga Pengerusi Kasih Malaysia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi Perpaduan 2019: Bahasa Jiwa Bangsa serta merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak Qistina DBP.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ketika ditemui pemberita selepas lawatan berkenaan berkata DBP sentiasa mencari penulis dan pakar bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam pelbagai bidang untuk menulis dengan organisasi itu.
"Sehingga kini, DBP sudah ada berpuluh-puluh buku sub kepakaran dalam pelbagai bidang yang telah diterbitkan. Melihat perkembangan itu, kita sangat mengalu-alukan penulis-penulis datang sendiri bertemu DBP untuk diterbitkan hasil penulisan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meneliti sebuah buku kesihatan pada Pelancaran tujuh Judul Buku Perubatan dan Kesihatan ketika lawatan mesra beliau ke Dewan Bahasa Dan Pustaka hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tun Dr Siti Hasmah lancar tujuh judul buku perubatan dan kesihatan DBP
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melancarkan tujuh judul buku perubatan dan kesihatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.