Sebanyak RM16 juta diperuntukkan untuk membina semula pondok dan jeti pos kawalan laut Wallace Bay bagi menggantikan pos kawalan sedia ada yang daif dan hanya menunggu masa untuk roboh.
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata terdapat lima pos kawalan keselamatan laut yang telah digariskan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk pembinaan semula dengan kos keseluruhan RM84 juta.
"Perkara ini telah diajukan kepada pihak kerajaan untuk pembangunan itu disegerakan bagi membolehkan kerja-kerja dijalankan, dan juga pelaksanaan kerja itu lebih efektif, bagi pihak pasukan keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI semasa mengadakan lawatan kerja ke Wallace Bay di Pulau Sebatik pada Selasa.
Menurut Mohamad Pajeri, selain Wallace Bay, antara pos kawalan yang menerima peruntukan pembaikan atau pembinaan semula ialah di Pulau Si Amil, Semporna, Pulau Adal, Lahad Datu, Pulau Pankuan Kecil, Sandakan dan Karakit Pulau Banggi, Kudat.
Dengan terlaksananya pembinaan semula pos kawalan tersebut akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas kawalan keselamatan di sempadan perairan negara.
"Dengan adanya kemudahan ini, kita dapat memberikan satu kerja yang lebih besar impaknya kepada pasukan, bekerja secara efektif, berkesan, bagi memastikan keselamatan di perairan kita ini dalam keadaan terkawal," tambahnya.
Pos kawalan laut Wallace Bay baharu yang bakal dibina juga akan menjadi pos kawalan tugas bersama antara PGA Batalion 14 Tawau dan PPM Wilayah 4 Tawau untuk tugas-tugas kawalan keselamatan sempadan perairan.
Mohamad Pajeri berkata, pembinaan pos kawalan baharu tersebut, dijangka bermula tahun hadapan, adalah keperluan yang mendesak memandangkan pos kawalan tersebut menunggu masa untuk roboh dan membahayakan anggota keselamatan.
Petrus Bernard
Tue Dec 17 2019

Mohamad Pajeri (tiga kiri) bergambar bersama anggota yang bertugas di pos kawalan laut Wallace Bay di Pulau Sebatik pada Selasa. Astro AWANI

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

'Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza
Itu kata-kata seorang warga emas di Gaza, sambil duduk di atas konkrit sisa runtuhan rumahnya.

KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak yang dijangka bermula tahun ini.

Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah
Gempa bumi sekuat 6.2 magnitud mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan.

Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.

Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah
Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM78 juta bagi membina semula dan membaik pulih lebih 30 buah sekolah daif di negeri Sabah.