Skip to main content

Malaysia

UniSZA kini 1,000 terbaik dunia, 10 terbaik universiti awam

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mencatat kecemerlangan dalam landskap pendidikan tinggi global apabila berjaya melonjak ke kelompok 801–1000 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027, berbanding kelompok 1001–1200 pada 2026.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mencatat kecemerlangan dalam landskap pendidikan tinggi global apabila berjaya melonjak ke kelompok 801–1000 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027, berbanding kelompok 1001–1200 pada 2026.

Advertisement

Ringkasan AI

  • UniSZA melonjak ke kelompok 801–1000 dunia dalam Times Higher Education World University Rankings 2027, berbanding 1001–1200 pada 2026.
  • UniSZA mengekalkan kedudukan ke-10 dalam kalangan 19 Universiti Awam Malaysia yang menyertai penarafan tersebut, melibatkan 2,297 universiti dari 118 negara.
  • Peningkatan skor UniSZA dicapai dalam empat daripada lima teras penilaian, khususnya dalam aspek penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan.

KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mencatat kecemerlangan dalam landskap pendidikan tinggi global apabila berjaya melonjak ke kelompok 801–1000 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027, berbanding kelompok 1001–1200 pada 2026.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata, dalam kalangan Universiti Awam (UA) pula, UniSZA terus mengekalkan kedudukan ke-10 daripada 19 institusi yang menyertai THE World University Rankings 2027, yang diumumkan pada 30 Sept lepas melibatkan 2,297 universiti dari 118 negara dan wilayah.

Beliau berkata, pencapaian UniSZA turut disokong oleh peningkatan skor dalam empat daripada lima teras utama penilaian THE, dengan teras penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Pencapaian tersebut merupakan hasil usaha kolektif seluruh warga universiti serta petunjuk bahawa strategi pembangunan institusi sedang menunjukkan kemajuan yang positif. Peningkatan daripada kelompok 1001–1200 kepada 801–1000 dunia buat kali pertama merupakan satu pencapaian yang membanggakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, UniSZA akan terus komited memperkukuh keseluruhan ekosistem universiti, khususnya dalam aspek kualiti akademik dan pengajaran, penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi, pengantarabangsaan, jaringan serta kolaborasi strategik, hubungan industri dan sumbangan universiti kepada masyarakat.

Fadzli berkata, dengan pencapaian ini, warga UniSZA tidak boleh leka, sebaliknya perlu menyedari bahawa sebagai antara universiti termuda di Malaysia, perjalanan institusi itu masih panjang dan usia sesebuah universiti bukan penghalang untuk membina kecemerlangan serta meningkatkan daya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kita optimis untuk terus menunjukkan kemajuan secara konsisten dan mampan. Kedudukan dalam penarafan antarabangsa bukanlah matlamat akhir sesebuah universiti. Sebaliknya, menjadi antara instrumen untuk menilai kedudukan dan prestasi institusi secara objektif serta membandingkan pencapaian dengan universiti lain pada peringkat global,” katanya.

Beliau berkata, penarafan tersebut memberikan satu penanda aras untuk mengetahui kedudukan UniSZA, mengenal pasti kekuatan dan ruang yang perlu ditambah baik serta membina daya saing yang sihat.

Persaingan dalam pendidikan tinggi, katanya, bukan semata-mata mengejar kedudukan, tetapi seharusnya diterjemahkan kepada usaha meningkatkan kualiti ilmu, inovasi, penyelidikan dan impak kepada masyarakat.

“UniSZA akan terus bergerak ke hadapan dengan aspirasi ini. 

"Pencapaian THE World University Rankings 2027 ini menjadi dorongan kepada UniSZA untuk memperkukuh lagi strategi institusi dan budaya peningkatan berterusan, selaras dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan kecemerlangan, keterlihatan dan impaknya pada peringkat nasional serta global,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pencapaian terbaru UniSZA dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027? 
    A: UniSZA berjaya melonjak ke kelompok 801–1000 dunia dalam THE World University Rankings 2027, berbanding kelompok 1001–1200 pada tahun sebelumnya.
  • Q: Bagaimana kedudukan UniSZA dalam kalangan Universiti Awam (UA) Malaysia berdasarkan penarafan THE 2027? 
    A: UniSZA mengekalkan kedudukan ke-10 daripada 19 Universiti Awam Malaysia yang menyertai THE World University Rankings 2027.
  • Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan UniSZA dalam penarafan THE? 
    A: Peningkatan kedudukan UniSZA disokong oleh peningkatan skor dalam empat daripada lima teras utama penilaian THE, terutamanya dalam aspek penyelidikan, pengajaran, dan pengantarabangsaan.
  • Q: Apakah komitmen UniSZA selepas pencapaian dalam THE World University Rankings 2027? 
    A: UniSZA komited memperkukuh ekosistem universiti, termasuk kualiti akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengantarabangsaan, jaringan strategik, hubungan industri, dan sumbangan kepada masyarakat.
  • Q: Apakah pandangan Naib Canselor UniSZA mengenai kepentingan penarafan antarabangsa? 
    A: Naib Canselor menyatakan bahawa penarafan antarabangsa adalah instrumen untuk menilai prestasi institusi secara objektif dan membandingkan pencapaian dengan universiti lain di peringkat global, bukan matlamat akhir universiti.

Must Watch Video

Advertisement