Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya masih memerlukan lebih banyak data mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan, dan draf bagi peraturan kawal selia rokok elektronik berkenaan ketika ini masih di peringkat permulaan.
Beliau berkata pada dasarnya penggunaan vape masih berbahaya seperti mana rokok tembakau kerana 90 peratus kandungannya masih melibatkan nikotin,
"Oleh itu kita perlu juga menjaga golongan tidak merokok yang tidak mahu terdedah kepada asap rokok sekunder," katanya kepada Bernama.
Sementara itu merujuk kepada kes seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan pada 8 Nov lepas bagi menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru disyaki akibat menghisap vape, Dr Lee berkata pihaknya masih menyiasat punca kes itu.
"Kami masih belum mengenal pasti sama ada dia dijangkiti Penyakit Evali ataupun tidak namun siasatan masih dijalankan," katanya.
Penyakit misteri paru-paru itu diberi kod nama EVALI iaitu gabungan e-rokok, vape atau produk berkaitan kecederaan paru-paru telah menyebabkan 47 kematian melibatkan pengguna vape di Amerika Syarikat setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

KKM masih sedang mengkaji sama ada penggunaan 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19
Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 berbanding wanita masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang COVID-19 merebak?
Wabak koronavirus baharu (COVID-19) dipercayai tidak mampu bertahan lama sekiranya berada dalam suhu melebihi 30 darjah Celsius.

Koronavirus: Kawalan di pintu masuk negara terus dipertingkat - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan kawalan pemeriksaan dan saringan di semua pintu masuk negara ini.

KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bidang perubatan tersebut semakin penting kerana kira-kira 30 peratus daripada kalangan rakyat di negara ini yang menggunakannya.

Semua tempat makan jadi kawasan larangan merokok mulai 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh Malaysia, dikuatkuasakan bermula tahun 2020.

Kementerian Kesihatan aktifkan CPRC untuk pantau keadaan banjir
Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara ketika ini.

Sebanyak 118,416 kes demam denggi seluruh negara
Sebanyak 118,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 27 November lepas, meningkat 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018

Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.

KKM cadang perluas 'klinik virtual' di seluruh negara
Kementerian Kesihatan berhasrat memperluaskan pelaksanaan 'klinik virtual' di seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan penjagaan kesihatan pesakit luar.

Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan
Kajian mendapati prevalen perokok dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 11.5 peratus kepada 13.8 peratus.