KEPONG: Seorang wanita trauma apabila gambar separuh bogelnya tersebar di media sosial baru-baru ini.
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.
Dakwanya, individu yang menyebarkan gambar tersebut merupakan seorang wanita yang juga peniaga dalam talian bertujuan menarik tontonan bagi memasarkan produknya.
"Saya tak pasti bagaimana dia dapat gambar saya. Gambar itu terdapat pada telefon bimbit saya yang hilang pada tahun 2016.
"Tindakan wanita ini telah menjatuhkan maruah saya, malah dia turut mengeluarkan kata berbaur hinaan ke atas saya sewaktu sesi Facebook Live itu," katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Kepong di sini pada Selasa.
Mei Peng berkata, Facebook Live itu bagaimanapun telah disekat oleh pihak Facebook secara automatik kerana isi kandungannya berbaur lucah.
Namun begitu, dakwanya, gambarnya itu telah ditonton lebih 3,000 orang tidak termasuk yang telah menyebarkan ke grup-grup Facebook lain.
Susulan itu, katanya, dia telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) dan polis untuk tindakan lanjut.
"Bukan hanya saya yang menjadi mangsa, terdapat beberapa wanita lain turut mengalami nasib sama.
"Maruah saya tercalar, malah dua anak perempuan saya juga turut menanggung malu. Terdapat juga mesej nakal dan tidak senonoh diterima selepas kejadian tersebut," katanya.
Dakwanya, individu sama turut mengupah pihak ketiga untuk membuat ugutan selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat laporan polis.
"Saya diminta membayar RM10,000 kerana membuat laporan polis. Saya kini dalam keadaan ketakutan dan tertekan.
"Bukan hanya maruah tercalar, malah turut diugut. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.
Sinar Harian
Tue Mar 23 2021

Mangsa (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat selepas gambar peribadinya tersebar di media sosial ketika sidang akhbar di pejabat DAP Kepong di Kepong pada Selasa. - Foto Sinar Harian

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.