SHAH ALAM: Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor Ng Sze Han.
Beliau berkata pengenaan kadar tambang itu bukanlah satu bentuk diskriminasi kepada warga asing sebaliknya bagi menampung sebahagian kos yang diperlukan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memperluas dan menyediakan kemudahan terbaik kepada orang awam.
Bagaimanapun, katanya warganegara Malaysia tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
"Bagi mengekal dan menambah baik perkhidmatan ini untuk tempoh lebih panjang, langkah yang diambil untuk memperkenal kadar tambang kepada warga asing ini adalah wajar.
"Hanya warga asing berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun yang akan dikenakan bayaran dengan kadar 90 sen seorang bagi setiap kali turun dan naik bas tanpa mengira destinasi bermula 15 Mac ini," katanya pada sidang media pelancaran aplikasi Scan To Ride hari ini.
Mengenai Scan To Ride, Ng berkata ia merupakan aplikasi yang digunakan untuk menaiki Bas Smart Selangor hasil kerjasama Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Beliau berkata bermula hari ini, pengguna bas Smart Selangor di kesemua 12 PBT di Selangor diwajib menggunakan fungsi 'Scan To Ride' semasa menggunakan perkhidmatan itu ketika masuk dan turun bas menerusi aplikasi Citizen E-Payment (CEPat).
"Fungsi sistem Scan To Ride ini membolehkan pengguna membayar tambang menggunakan kaedah mengimbas Kod QR yang berada di pintu masuk dan pintu keluar bas, selari dengan saranan MajlisKeselamatan Negara untuk menggunakan transaksi tanpa tunai bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19," katanya.
Ng berkata warga emas dan kanak-kanak tidak diwajib menggunakan sistem itu sebaliknya hanya digalakkan membawa kad pengenalan atau salinan bagi membolehkan kapten bas memberi kebenaran untuk mereka menaiki bas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac. -Facebook / Bas Smart Selangor

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Selangor kutip RM392,000 daripada penumpang warga asing
Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.

Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.

Warga asing guna bas Smart Selangor dikenakan caj 90 sen
Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac ini.